Seorang lelaki telah ditahan polis selepas melakukan perbuatan berbahaya dengan berpaut pada kereta yang sedang bergerak di jalan raya di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Johor.
Foto dan video lelaki tersebut melakukan aksi berkenaan telah sempat dirakam oleh orang awam sebelum ia tular di media sosial.
Menurut Asisten Komisioner Mohd Sohaimi iaitu Ketua Polis Daerah Seri Alam, kejadian berkenaan berlaku petang semalam.
Difahamkan, lelaki tersebut telah berpaut pada kereta milik bekas isterinya dan dari hasil siasatan awal, polis mendapati lelaki itu dan bekas isterinya itu sebelum itu telah bertelingkah di sebuah pasar raya, lapor Harian Metro.

Artikel berkaitan: Pemandu Lori Rempuh Rumah Orang, Lompat Keluar Dari Kenderaan Kerana Lari Dari JPJ
Artikel berkaitan: Pecut Kereta Hingga Terbabas Sebab Kantoi Berkhalwat, Lelaki Sempat Larikan Diri Tinggalkan Kekasih
Lelaki tersebut kemudian bertindak memanjat bonet kereta sebelum berpaut di bahagian hadapan kenderaan yang dipandu bekas isterinya.
Wanita itu memandu secara perlahan sejauh kira-kira dua kilometer dalam keadaan lelaki berkenaan masih berada di atas kereta.
Kenderaan tersebut kemudiannya dihalang oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan kepada suspek.
Mereka bukan sahaja menghalang laluan, malah didakwa memeras ugut mangsa, merampas barangan miliknya serta memecahkan cermin kereta.
Berikutan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ketamin.
Sumber: Harian Metro
