Umum mengetahui selebriti tanah air, Nora Danish kini tampil dengan imej berhijab. Berkongsi detik penghijrahannya, pelakon itu mendedahkan dia pernah berhasrat untuk mengenakan hijab apabila dia menginjak usia 40 tahun.
Perkara itu didedahkan dalam perkongsiannya menerusi satu podcast bersama pelakon Neelofa dan usahawan Natasha Ozeir.
Dalam video itu, Nora berkata ketika dia berumur 20-an, pelakon itu menetapkan dia akan mengenakan hijab sekitar umur 40 tahun.
Bagaimanapun, selepas mencecah umur tersebut dan masih belum mengenakan hijab, Nora tertanya apa yang dia telah lakukan sehingga masih belum berubah.
Artikel berkaitan: “Mak Nora menangis…” – Nora Danish Kongsi Detik Penghijrahan, Bermula Dengan Hadir Majlis Ilmu
Artikel berkaitan: “Tak mengapa jika dia bersama wanita lain, perceraian ini permintaan saya” – Nora Danish
Luah pelakon berusia 42 tahun itu, dia seringkali berasa cemburu apabila melihat wanita yang bertudung dan individu yang dekat dengan agama.
“Jadi daripada situ saya dah mula cemburu dengan orang yang bertudung, cemburu dengan orang yang ada kesempurnaan hidup dari segi agama,” ujarnya.
Setiap hari hafal doa agar dicintai & mencintai Allah
Mengulas lanjut, Nora mula mendalami ilmu agama dengan mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh rakan selebriti, Betty Rahmad.
“Jadi saya secara perlahan-lahan pergi kelas tadabbur yang dibuat oleh Betty Rahmad. Balik dari kelas tadabbur tu, rasa macam malu sebab diri masih tak berubah,” luahnya.
Tambahnya, sebelum perceraiannya dengan bekas suami Nedim Nazri, Nora telah berdoa agar dia diberikan rasa untuk mencintai dan dicintai Allah SWT.
“Ya Allah, saya nak mencintaimu, nak Allah cintakan saya, buatkan saya dekat dengan-Mu… sampai saya hafal doa setiap hari.
“اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ”
“Saya tak nak minta lain dah, saya nak fokus kepada Allah. Setiap hari saya doa benda yang sama tanpa henti selama empat tahun,” katanya.
@rhea.zahra Doa agar dicintai Allah & mencintai Allah : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ Allahumma inni as-aluka hubbaka wa Hubba man yuhibbuka, wal ‘amalalladzii yuballighunii hubbaka Ya Allah, aku memohon agar dapat mencintai-Mu, dan mencintai orang-orang yang mencintai-Mu, dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu.” (HR. Tirmidzi 3235). Semoga Nora Danish istiqamah dalam penghijrahan beliau 🤲🏻. #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish
Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa kesyukurannya kerana apabila perceraiannya berlaku, Allah telah mempermudahkan proses perpisahan pelakon itu dan suaminya.
“Bila jadinya perceraian tu, memang saya fokus pada Allah. Memang Allah permudahkan penceraian tu. Penceraian kami berlangsung dalam masa yang singkat,” katanya.
Sebak min dengar kisah penghijrahan Nora.
Sumber: TikTok