in

“Saya menyesal terfikir sedemikian”- Wanita Batal Hasrat Jual Organ Untuk Lunaskan Hutang Lepas ‘Dibasuh’ Netizen

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial apabila seorang wanita di Lumajang, Jawa, Indonesia dikatakan sanggup menjual buah pinggangnya dengan harga Rp 500 juta, kira-kira lebih RM 140 ribu untuk bayar hutang-hutangnya.


Menurut Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Farhiyatun Naini yang berusia 37 tahun itu tekad untuk jual buah pinggangnya demi membayar hutangnya yang berjumlah Rp 2 juta (RM275) yang dipinjam dengan jiran sebelum ini. Bukan itu sahaja, dia turut berhutang dengan pihak bank.

Uhhj

Dah tak mampu tanggung

Sebelum ini, dia sudah cuba pelbagai kaedah untuk dapatkan wang tetapi usahanya itu tidak berhasil. Takde rezeki lagi orang cakap.

Wanita ini sebenarnya sudah berkahwin dan suaminya pula hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung perbelajaan harian keluarga mereka. Tapi, pendapatan suami dia itu tak mampu juga nak bayar hutang-hutangnya yang makin bertambah lagi-lagi sejak pandemik COVID-19 ini.

Man Aligning Saving Coins Table 23 2148294831

Perkongsian di media sosial itu buat ramai netizen yang komen beri nasihat kepada wanita itu untuk tidak berbuat demikian. Lepas ‘dibasuh’ , wanita itu batalkan niat untuk jual buah pinggangnya dan berjanji untuk tidak berbuat demikian lagi.

“Saya tidak akan mengulangi niat menjual ginjal lagi. Apatah lagi pihak keluarga sudah membantu menyelesaikan hutang saya dengan jiran. Saya minta maaf.”

Korang kalau terdesak sangat, jangan lah jual organ badan tau. Macam mana nak hidup dengan sihat kalau organ dalaman yang penting dah tak ada.

 

Sumber: Tribun News

Baca: “Saya perlukan buah pinggang baru…” – Scam Wanita Dengan Kisah Sedih, Lelaki Berjaya Kumpul Hampir RM1 Juta!

Capture 5

Sumber: Indo Zone
Sumber: Indo Zone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.