in

“I’m innocent until proven guilty” – YouTuber Dituduh Simpan Video Porno Kanak-kanak Akhirnya Beri Penjelasan

Collage 33

Sebelum ini, tular di media sosial berita mengenai seorang YouTuber telah ditahan pihak polis selepas rumahnya diserbu kerana dikatakan menyimpan gambar dan video lucah kanak-kanak.

Sejak dari itu, ramai yang mengecam tindakan YouTuber tersebut dan tak kurang ada yang menyokong.

Setelah beberapa hari berteka-teki, akhirnya YouTuber dengan nama MENJ atau The Muslim Apologist telah memuat naik video di YouTube, memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.

“Innocent until proven guilty”

Screenshot 2020 09 28 At 3.39.12 Pm

MENJ telah berikan kenyataan rasmi mengenai apa yang berlaku ke atas dirinya serta menafikan pertuduhan yang mengaitkan dia dengan pornografi kanak-kanak.

Dalam videonya ini, MENJ mengaku yang dia telah ditahan reman selama beberapa hari oleh pihak polis. Namun mengatakan yang dia percaya dengan prinsip undang-undang iaitu seseorang itu tak bersalah hingga terbukti bersalah.

 Perkara ini juga diajar dalam Islam di mana keadilan diangkat dengan tinggi di mana beban pembuktian adalah tanggungjawab penuduh untuk buktikan tanpa keraguan bahawa pelaku telah melakukan jenayah tersebut.”

Selain itu, MENJ turut menekankan yang dia belum didakwa secara rasmi lagi di mana-mana mahkamah.

“Saya hidup seperti biasa”

Screenshot 2020 09 28 At 3.40.44 Pm

Tambah MENJ lagi, selepas dia dibebaskan, hidupnya kembali normal dan dia telah pergi bekerja seperti biasa dan tak ada perubahan walaupun selepas pertuduhan itu.

YouTuber ini turut mengatakan yang dia tetap akan terus memuat naik video-videonya seperti biasa.

“Terima kasih kepada penyokong-penyokong saya”

MENJ turut berterima kasih kepada peminat-peminat dan keluarga yang menyokongnya sepanjang krisis ini.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, terima kasih kepada peminat dan penyokong saya. Terima kasih kepada keluarga saya yang sentiasa bersama saya dan terima kasih kepada isteri tercinta saya yang sentiasa bersama dengan saya dan menyokong saya.”

MENJ juga meminta agar orang ramai tak percaya dengan penipuan yang dibuat oleh orang-orang yang berniat untuk menjatuhkannya serta khabar angin yang tak datang dari mulutnya sendiri.

Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:

 

Baca: “Dia simpan je” – Ramai Bekap YouTuber ‘Konten Islamik’ Yang Ditangkap Sebab Simpan Video Porn Kanak-kanak

Collage 31

Sumber: YouTube