Personaliti media sosial, Haqiem Stopa menjelaskan dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercerai dengan isterinya, Aireena Sofia dalam kes permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada pagi tadi.
Dalam prosiding berkenaan, pemilik nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25 menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu menerusi peguam syarie, Hadi Salleh.
Artikel berkaitan : “Manusia tak lari buat silap” – Haqiem Stopa Beri Bayangan Tutup Cafe? Netizen Titip Nasihat
Artikel berkaitan : [VIDEO] Kakak Bongkar Kisah Sebenar, Dakwa Haqiem Stopa Dianiaya Bekas Kekasih?
Masih sayangkan Aireena
“Ya betul. hari ini sebutan pertama kes cerai saya dengan isteri. Ketika ditanya, saya beritahu mahkamah saya tidak bersetuju untuk melepaskan isteri kerana masih sayangkan dia.”

Jelas Haqiem, dia rasa berdebar apabila tiba di perkarangan mahkamah kerana tidak pernah menyangka rumah tangganya akan sampai ke peringkat itu. Katanya lagi, dia sudah berusaha memujuk Aireena untuk berdamai, namun belum menerima respon positif.
“Memang mengigil bila pertama kali melangkah ke mahkamah. Tak pernah terfikir saya akan sampai ke sini hari ini. Saya perlukan masa untuk pujuk isteri dan perbaiki diri supaya dapat menjadi suami yang lebih baik. Usaha memujuk dah lama dilakukan, cuma belum berhasil.”

Dalam pada itu, Hadi Salleh menjelaskan bahawa kedua-dua belah pihak diarah melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hadir pada 13 Januari ini.
“Pihak kami mengesahkan tuntutan cerai telah difailkan pada 4 November 2025. Dalam sebutan hari ini, defendan iaitu Sadzri Hakim menyatakan tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.”

“Justeru, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengarahkan suapaya JKP dibentuk bagi membantu mencari penyelesaian rumah tangga pasangan ini.”
Dalam prosiding tersebut, Aireena turut hadir bersama peguam, manakala Haqiem hadir sendirian tanpa diwakili peguam.
Sumber : mStar Online
