Pada bulan Ramadan ini, rata-rata umat Islam tak mahu ketinggalan dalam memperbanyakkan amal ibadah. Tambah-tambah lagi bila mendekati 10 malam yang terakhir.
Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pelakon jelita dan usahawan terkenal iaitu Nora Danish tentang rasa syukurnya dapat khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir bulan Ramadan.
https://www.instagram.com/p/CAKIwTNAs8Q/
Bagi Nora, untuk mengkhatam Al-Quran bukan satu perkara yang mudah. Betul lah tu, lebih-lebih lagi dengan schedule Nora yang padatkan.
Apa yang buatkan Nora bertambah lebih seronok, bila dia melihat rakan artisnya Elizad Sharifuddin yang turut berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh PKP ni.
Pada mulanya, satu muka surat nak habiskan rasa susah nya. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan start mengaji. – Nora Danish
Tambah Nora lagi, dia ingin meyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut pada arwah bapanya yang telah meninggal dunia.
Dia juga berharap agar perkongsiannya ini dapat membangkitkan semangat dan membuka hati orang ramai untuk bersama-sama melakukan amal ibadah.
Difahamkan, Nora akan melakukan khatam sekali lagi bersama ustaz dan ustazah selepas keadaan negara kembali pulih.
Sementara itu, perkongsian Nora ini bukan sahaja menarik perhatian netizen. Malah rakan artisnya yang lain turut rasa bangga dengan kejayaan Nora.
Ok kita nangis juga – Fara Fauzana
Alhamdulillah…Well done.. – Yasmin Hani
Tahniah Nora…