in

“Saya kenal dia sebagai pelakon je”- Ramlah Ram Nafi Ada Hubungan Kekeluargaan Dengan Fara Mendoza

Featured Image Lm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je nama penyanyi Ramlah Ram, mesti dalam kepala korang ingat dengan lagu popular dia iaitu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.


Penyanyi bergenre pop itu pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1988 melalui lagu itu juga.

Ramlah Ram
Gambar hiasan

Namun, setelah lama dia tidak keluar di kaca television, tiba-tiba nama dia menjadi perbualan hangat semula oleh para netizen apabila dia dikaitkan dengan seorang pelakon iaitu Fara Mendoza

Ramlah Ram menerima tuduhan daripada netizen bahawa dia sebenarnya merupakan ibu saudara kepada Fara Mendoza itu sendiri.

Bukan itu sahaja, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah meletakkan namanya sebagai ibu saudara kepada Fara Mendoza di Wikipedia.

Haha
Sumber: harian metro

Menurut Harian Metro, Ramlah Ram menafikan bahawa dia mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan kepada pelakon itu.

Ram2
Sumber: instagram

Ramlah Ram turut menjelaskan mengenali pelakon tersebut setelah mereka pernah berjumpa di suatu majlis hiburan pada sebelum ini.

“Fara Mendoza bukan anak saudara saya. Kami tidak ada pertalian darah langsung dan dia memang bukan siapa-siapa dengan saya. Saya hanya kenal dia sebagai pelakon kerana kami pernah berjumpa dua kali dalam majlis hiburan,” katanya.

Ramlah juga menjadi hairan apabila namanya semakin di kaitkan dengan pelakon itu sedangkan dia memang tidak mempunyai apa-apa hubungan.

“Selama ini, saya ada juga dengar orang kaitkan kami ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Namun, saya biarkan saja. Saya fikir tidak perlu ambil peduli. Namun, apabila pelbagai cerita sensasi mengenai Fara Mendoza timbul maka nama saya dikaitkan.

“Banyak mesej langsung (DM) melalui Instagram dihantar orang ramai kepada saya meminta supaya tolong menasihati anak saudara sendiri,” katanya.

Mendoza2
Sumber: instagram

Ramai juga netizen yang hantar mesej secara DM melalui Instagram bagi memberi nasihat kepada pelakon tersebut kerana dikatakan perlakuannya.

“Dia bukan anak saudara saya, jadi macam mana nak nasihatkannya. Justeru, saya minta janganlah terus mengaitkan kami. Bukan saya seorang saja terkena tempias membabitkan perihal Fara Mendoza ini tetapi keluarga di kampung iaitu adik-beradik dan anak saudara turut terpalit sama.

“Paling tak disangka, dalam Wikipedia Fara Mendoza pun dicatatkan nama saya sebagai ibu saudara, sedangkan realitinya itu tidak benar,” katanya.

Ramlah turut meminta kepada pihak yang menulis nama dia sebagai ibu saudara kepada pelakon tersebut memadamnya kerana ingin menjaga nama baik dan keluarganya.

“Malah, kepada pihak yang membuat Wikipedia Fara Mendoza itu, diminta tolong padamkan nama saya sebagai ibu saudara kerana kami bukan ahli keluarga.

“Saya harap dengan penjelasan ini, nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan kerana kami memang tidak ada kena-mengena dengan Fara Mendoza,” katanya.

Tapi, lepas admin check semula, nama Ramlah Ram sebagai ibu saudara Fara Mendoza telah pun di padam dari Wikipedia tersebut.

Wiki1
Sumber: wikipedia

Haish, siapa yang edit lah tu kan? Kalau nak bergurau pun beragak-agak lah ye.

 

Baca: “Kenapa tak murtad? Nak bogel pun orang tak kisah” – Fara Mendoza Dikecam Seksi Ketika Sambut New Year

Bugel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.