in

“Saya hormat awak sebelum ni, but not today” – Cleopatra ‘Sound’ Vivy Sebab Saman Peniaga Kecil-kecilan

Collage 10

Sebelum ini, seorang wanita, Syaza Yunos mendakwa Vivy telah mencuri pattern dari sampul duit raya yang dia jual untuk dijadikan rekaan tudung.

Namun, cerita pendedahan Syaza ketika itu tergantung dan ramai orang tertanya-tanya kenapa wanita ini tak habiskan cerita.

Selepas sebulan, Syaza meminta maaf kepada orang ramai kerana dah diamkan diri dan jelaskan yang sebenarnya pada hari tweet tentang Vivy tular, dia telah mendapat surat saman fitnah dari peguam Vivy.

Screenshot 2020 05 07 At 1.19.52 Pm

Peguam Vivy e-mel saya surat untuk saman saya kerana fitnah dan meminta wang yang agak banyak atas apa yang saya dah buat ke atas Vivy hari itu. Dorang juga minta saya buat permohonan maaf secara umum dan minta saya jelaskan yang dorang tak tiru saya.”

Ekoran dari ini, ramai yang mengecam tindakan Vivy kerana sanggup untuk menyaman peniaga kecil-kecilan seperti Syaza sedangkan dia kaut untuk berjuta setiap tahun.

‘Rintihan’ Syaza ini turut mendapat perhatian dari Cleopatra selepas salah seorang netizen meminta Cleo untuk membantu Syaza.

Vivy, saya hormat awak sebelum ni tapi tak lagi lepas saya baca benda ni.

Sepanjang kehidupan saya, saya dan dua anak kecil saya banyak kali difitnah dan diserang dari pelbagai sudut dan kalau saya buka satu kes pun saya dah boleh dapat berjuta-juta. Tapi ada tak saya hantar surat peguam?

Awak fikir pasal reputasi awak je, macam mana pulak dengan gadis ni yang struggle untuk cari duit sebab nak hidup?

Screenshot 2020 05 07 At 1.11.38 Pm

Wanita patut sokong satu sama lain, bukan jatuhkan sesama sendiri. Disebabkan oleh gadis-gadis macam dia, awak boleh berjaya macam sekarang.

Tindakan kebudak-budakan macam ni akan jatuhkan reputasi awak lagi teruk dari apa yang awak rasa sekarang.

So, saya cadangkan, masa yang sesuai untuk awak saman orang adalah bila salah satu beg Chanel awak ‘terancam’ sampai awak terpaksa jual beg tu.

Respon dari Cleopatra ini nampaknya telah mendapat sokongan netizen dan ada juga yang masih mengharap kalau betul Syaza akan disaman, Cleo akan membantu gadis malang tu nanti.

 

Baca: “Saya mesej dia, dia tak buat apa-apa pun” – Wanita Dakwa Idea Pernah Dicuri Vivy, Harga RM 5 Jual Sampai RM 500?

Screenshot 2020 05 07 At 1.19.01 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Instagram