in

“Saya harapkan yang terbaik buat Datuk Seri” – Datin Seri Rosmah Hadir Bagi Sokongan Moral Buat Suami

Ft Rosmah Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada suaminya yang berdepan 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel berkaitan : Dakwa Pertuduhan Tiada Asas & Cacat, Rosmah Mansor Mohon Dibebaskan Kes Ubah Wang Haram


Artikel berkaitan : Pelajar Genius 12 Tahun Masuk UM, Rosmah Bangga Projek Permata Pintarnya Berjaya

Saya mengharapkan yang terbaik untuk Datuk Seri, keluarga dan kita semua rakyat Malaysia”

Menerusi laporan Buletin TV3, Najib Razak didakwa dengan 4 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Sebelum ini, beliau tiba di mahkamah ini sekitar pukul 8.35 pagi menaiki kereta Proton X-70 dengan kawalan ketat beberapa kereta peronda polis. Turut kelihatan anak-anak beliau iaitu Nooryana Najwa dan Datuk Mohd Nizar yang tiba pada jam 8.50 pagi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu bermula jam 9 pagi ini.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.