in

“Saya dalam usaha mendalami agama “- Rita Rudaini Rancang Nak Berhenti Berlakon Sebelum Usia 50 Tahun

Ritarudaini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa seperti tak percaya yang pelakon filem Mami Jarum ini umurnya sebenarnya dah 45 tahun, tapi langsung tak dimamah usia.


Setelah 15 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, Rita Rudaini kini menyatakan bahawa akan bersara dari dunia lakonan sebelum usianya mencecah 50 tahun.

Ibu tunggal kepada dua anak ini menyatakan bahawa perancangan itu dah lama difikirkan, katanya dia ingin menikmati kehidupan sebenar. Ingin melihat kedua-dua anaknya itu membesar dengan sempurna di depan mata.

 

Rancang berhenti secara perlahan-lahan

27Rita Rudaini.transformed

Menerusi Kosmo! Rita menjelaskan bahawa sepanjang masa PKP ini dia begitu puas dapat luangkan masa bersama anak-anaknya.

“Dapat duduk di rumah memasak, tengok anak belajar dan banyak lagi. Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum umur masuk ke angka 50 tahun, saya nak berhenti jadi pelakon.”

Katanya lagi, sebagai langkah persediaan, Rita kini sedang melancarkan perniagaan wangian. Baginya selagi ada peluang dia tidak akan lepaskan walaupun ianya kecil, janji ada rezeki.

“Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur.”

Tambah Rita lagi, selain fokus pada hidupnya, tujuan dia ingin bersara dari dunia lakonan dalam tempoh yang agak terdekat ini adalah kerana mahukan urusan menghantar anak-anaknya belajar tahfiz dengan lancar.

Rita Rudaini Biodata 3

Rita yang berniat ingin berhenti dari dunia lakonan secara perlahan-lahan itu juga menyatakan juga bahawa dia kini sedang mendalami agama.

“Saya secara perlahan dalam usaha mendalami agama dan merancang menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, doakan semoga semuanya dipermudahkan.”

Dalam pada itu, Rita juga bersikap terbuka dalam berkongsikan kisah silamnya yang tidak menjaga solat dengan sempurna.

“Allah bagi kita ujian kerana ada sebab. Jujur saya katakan, saya kini mula menjaga solat. Dahulu tidak kerana saya terlampau mencintai manusia. Saya sudah kahwin, ada suami, ada anak tetapi tak bersyukur.”

“Apabila ditimpa ujian barulah saya beringat. Allah tak tinggal saya, itu yang buat saya semakin kuat sebab tahu Allah sayang saya. Dari situ saya semakin menjaga hubungan dengan Allah.”

122088429 128687159003065 1665136985489367747 N

“Mungkin Allah nampak kelemahan saya sampai ditarik satu demi satu orang yang saya sayang supaya saya kembali kepada-Nya.”

“Mungkin, kalau saya masih di situ, saya takkan beringat dan berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” ulas anak jati Perlis itu lagi.

Rita juga menjelaskan bahawa baginya keperluan untuk berumah tangga sudah tiada dalam kamus hidupnya berbanding keutamaan kepada anak.

 

Baca : “Sis move on lah” – Dituduh Masih Gilakan Bekas Suami, Ini Jawapan Padu Rita Rudaini…

Rita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.