in

“Saya dah tengok banyak kali” – Dewan Speaker Tak Nampak Perlakuan ‘Jari Tengah’ Kerana Ada Masalah Mata

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa sidang parlimen berlangsung di Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi, Willie Mongin telah dituduh menunjukkan jari tengah kepada pihak pembangkang selepas dia gagal memberikan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.


Ekoran ini, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tak boleh nak membuat keputusan tentang tuduhan ini kerana tak pasti apa sebenarnya yang berlaku dan mengatakan yang beliau mempunyai “masalah mata”, lapor The Star.

Azhar Azizan Harun Speaker 13072020

 

Saya tak nampak apa yang berlaku kerana saya mengalami masalah mata. Malah saya dah minta timbalan menteri untuk jelaskan tapi beliau menafikan perkara ini.”

Beliau juga telah menonton video yang tular di media sosial berulang kali malah secara gerak perlahan tapi masih tak dapat tentukan sama ada insiden tersebut berlaku atau pun tidak.

YB Puncak Borneo when asked to explain whether he did it.. he said a BIG FAT NO!Let us see for ourselves..Berani buat, tak berani tanggung…As a Sarawakian, how do u feel?

Posted by Kelvin Yii Lee Wuen 俞利文 on Monday, November 30, 2020

“Keputusan saya ialah tidak dapat pastikan sama ada perkara itu berlaku jadi saya memohon sesiapa yang tidak gembira dengan perbuatan yang dituduh dilakukan itu memfailkan satu usul dan saya rasa biarlah Timbalan Menteri membela dirinya di hadapan jawatankuasa.”

Tambah Datuk Azhar lagi, sesiapa yang tak berpuas hati dengan tindakan Willie Mongin boleh membuat usul meminta agar timbalan menteri itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

 

Baca: “Ini suara petugas barisan hadapan” – [Video] Parlimen Kecoh Lepas MP Bintulu Tuduh Dr Hisham ‘Takut Mati’

Screenshot 2020 12 02 At 5.26.11 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.