in

“Saya cuma nak tolong dia je” – Lelaki ‘Terbunuh’ Nenek Semasa Tolong Bukakan Pintu Kedai

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesian betul bila admin baca cerita pasal lelaki ni. Cuba korang bayangkan, kalau korang ada dekat tempat lelaki ni. Niat korang just nak tolong je, sekali tak pasal-pasal kena tuduh membunuh pulak.


Menurut NextShark, seorang lelaki berusia 33 tahun yang tolong bukakan pintu untuk seorang nenek sedang cuba masuk kedai kek di Jeju Island, Korea Selatan telah ditahan kerana didakwa membunuh tanpa niat.

Ceritanya, pada 16 Mei lepas, lelaki ini tiba di kedai kek pada pukul 1.50 pm ketika itu dia melihat seorang wanita tua berusia 76 tahun tengah struggle nak buka pintu kedai.

S0717 D
Gambar hiasan

Nenek ni, yang tengah pegang tongkat kelihatan sedang pegang tombol pintu sebelum dia hilang keseimbangan dan terjatuh.

Wanita ini dikatakan telah mengalami kecederaan yang parah di kepala dan dikejarkan ke hospital tempatan sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Rakaman CCTV mengesahkan yang wanita tua ini sedang memegang tombol untuk membuka pintu kedai tersebut.

Disebabkan perbuatan lelaki tersebut yang membuka pintu saat nenek ini sedang memegang pintu telah menyebabkan nenek ini jatuh dan mati.

Oleh kerana itu, lelaki tersebut telah ditahan dan didakwa membunuh tanpa niat sehingga menyebabkan kematian seseorang.

Semasa siasatan, lelaki ini berkata dia hanya nak tolong nenek tersebut.

Saya hanya cuba nak tolong nenek tersebut buka pintu, tapi saya tak sangka ia akan jadi macam ni.”

Haih, tak pasal-pasal je kena macam ni. Takkanlah pihak polis kat sana tak boleh nak lepaskan lelaki ni. Dia bukannya sengaja pun?

 

Baca: Nenek 50 Tahun Terkejut Mengandung 26 Minggu Selepas Disahkan Menopaus!

Screenshot 2019 05 21 At 11.18.55 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.