in

“Saya berasa mengajar orang bodoh” – Michal Ang Tengah Cari Kru Yang ‘Buat Hal’ Dekat Gua Matsoorat

Ma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu viral berkenaan dengan syarikat produksi yang menyebabkan kerosakan pada fosil jutaan tahun dan bahagian dinding dirosakkan dalam gua Matsoorat jadi viral selepas ada seorang individu menzahirkan rasa marah di Facebook.


 

Pengarah mohon maaf

I am getting mighty pissed off now. These are damages done to a cave with important and rare heritage elements due to…

Posted by Megat Mohd Shahrin on Thursday, March 25, 2021

Dalam perkongsian itu, selain fosil rosak, kawasan tersebut juga jadi kotor apabila ada orang buang sampah merata-rata dalam gua tersebut.

Disebabkan penularan kes tersebut, agensi berita BERNAMA melaporkan bahawa pihak kerajaan Perak sedang menyiasat kes itu.

Oleh itu, pengarah daripada syarikat produksi tersebut telah pun tampil memohon maaf.

Hadith

Kata Hadith Omar, dalam penggambaran drama Angkara Cinta selama dua hari di Gua Matsoorat bertarikh 27 Februari & 18 Mac 2021 itu, pihak produksinya Juita Viden Sdn Bhd telah mendapatkan kebenaran daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

“Selepas selesai penggambaran kedua dan berpindah ke lokasi lain, saya dimaklumkan mengenai apa yang berlaku di lokasi terbabit.”

“Pada 24 Mac lalu, saya sudah berjumpa Datuk Bandar iaitu Datuk Rumaizi dan juga Megat Shahrin untuk berbincang perkara ini,”

Menurut Hadith, hasil perjumpaan berlangsung dengan baik dan didapati ada salah faham antara mereka dan pihak terbabit dari aspek kebenaran masuk ke lokasi, lapor Harian Metro.

“Kami semua sudah sepakat untuk bekerjasama membantu dari segala aspek untuk membaik pulih keadaan. Namun begitu pada 25 Mac kes ini dimuat naik di laman sosial.”

Tambahnya lagi, pihak mereka akan ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan komen dan melayangkan mesej peribadi berkaitan perkara ini.

“Namun begitu kami juga manusia melakukan kesilapan. Sekali lagi mewakili semua, saya memohon maaf dengan apa yang berlaku.

“Semoga dengan coretan saya ini dapat menjernihkan keadaan sedikit. Doakan semoga kami akan dapat memperbaiki diri dengan lebih baik.”

 

Saya berasa mengajar orang bodoh menjadi pintar dan bertanggungjawab agak sukar – Michael Ang

553

Susulan itu, penerbit drama tersebut Michael Ang juga turut menzahirkan rasa kesal terhadap insiden itu.

Menerusi Harian Metro, Michael Ang pihaknya kini tengah mengesan individu yang menyebabkan kerosakan itu berlaku.

Dalam pada itu, Michael juga ada menegaskan bahawa mereka ada mendapat kebenaran daripada pihak MBI.

“Mengenai kerosakan grafiti, saya sangat kesal kerana salah seorang kru melakukannya. Kami masih menyiasat untuk mengetahui individu mana yang melakukannya. Kami mengharapkan kerjasama penuh dengan Majlis Bandaraya Ipoh dalam perkara ini.

“Sebagai syarikat penerbitan kami sangat menyesali kejadian seperti ini berlaku. Saya berasa mengajar orang bodoh menjadi pintar dan bertanggungjawab agak sukar. Saya tidak akan membiarkan sesiapa yang merosakkan grafiti ini terlepas dari hukuman.”

 

Baca : Kerajaan Perak Minta Syarikat Produksi Bayar Ganti Rugi, Rosakkan Fosil Berusia Jutaan Tahun Masa ‘Shooting’ Drama

Produksi

Sumber: Harian Metro
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.