Beberapa hari lepas, viral video seorang pemuda tergamak tendang atuknya sendiri di media sosial, dalam video tersebut Yusminardi 22, menendang Wasidi 66, berkali-kali sementara seorang lelaki cuba untuk meleraikannya.
Tetapi Yusminardi tetap bersikap agresif malah memukul kepala Wasidi. Admin tengok je dah geram.
Bengang sebab terkumur dedak ikan dalam mulut
Kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia minggu lepas itu dikatakan berpunca apabila dedak ikan termasuk dalam mulut Yusminardi ketika dia cedok air dari kolah.
Bengang bila melihat dalam kolah itu ada banyak dedak yang terapung-apung di dalamnya, Yusminardi terus pergi ke atuknya itu dan pukul.
Menurut sumber, Trinunnews.com, individu yang merakam perbuatan Yusminardi tu adalah sepupunya sendiri yang masih bersekolah.
Dia hantar rakaman itu kepada ayahnya dan ia mula tersebar. Bagaimanapun menurut polis, mereka masih belum tahu siapa dalang yang mula viralkan video itu.
“Kami belum tahu siapa yang sebarkan video itu ke media sosial. Samada ayahnya, atau orang lain yang juga mendapat rakaman itu“
Berikutan dengan tular video tersebut, Yusminardi terlah ditangkap oleh pihak polis. Lebih menyayat hati lagi, saat Yusminardi ditahan pihak polis, Wasidi menangis dan memegang erat cucunya merayu agar dia tidak ditangkap.
Saya ingin cucu saya pulang” – Wasidi
Dia merayu agar tidak dimasukkan ke lokap, dia siap kata kalau cucunya ditangkap dia nak ikut cucunya masuk penjara.
Katanya dia tak kisah kalau dipukul oleh cucunya sebab dia kata badan tidak sakit pun. Allahu sebaknya!
“Saya waras, saya tidak apa-apa”
Kata Wasidi lagi, Yusminardi adalah cucunya yang ikut dia sejak kecil. Malah, cucunya itu pernah bekerja di Malaysia dan disuruh pulang pada musim perayaan lepas.
Dia mengaku itu adalah salah dia sendiri bagi dedak dekat ikan dalam kolah tu.
Yusminardi kini sedang berada di dalam tahanan polis dan masih belum boleh beri keterangan kerana dia kini sedang diperiksa jika berada dibawah pengaruh dadah.
Hurm, walaupun Wasidi minta dia untuk dibebaskan, menurut polis proses hukuman tetap perlu dijalankan.
Baca : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni