in

“Saya ambil maklum semua respons” – Zul Ariffin Mohon Maaf Upload Video Aksi Berahi

ft zul ariffin mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan mengenai isu babak drama Perempuan Itu baru-baru ini, ia sampai dapat perhatian pelbagai pihak termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Disebabkan ketelanjuran tindakannya memuat naik video itu, pelakon Zul Ariffin hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.


 

Saya memohon maaf – Zul Ariffin

Menerusi IG Story miliknya, Zul Ariffin menyatakan bahawa dia ambil maklum terhadap kesemua respon dari banyak pihak dengan hati terbuka.

Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan”

Image from iOS

Katanya lagi, dia akan lebih meneliti dan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk di promosikan di media sosial.

Sebelum ini, Umie Aida, adik kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima ada memberi respon mengenai hal ini, dikatakan Erma begitu bimbang dengan adegan tersebut ia dikatakan satu adegan sebelum disunting.

Baca : Zul Ariffin Kongsi Trailer Drama Melayu, Siap Ada Babak Panas Persis Filem Dewasa

cats 10 758x399.jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.