in

“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan” – Marissa Bersyukur Keluarga Terima Aslam

ft marissa dania mohon mmaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania telah tampil memohon maaf kepada ramai pihak termasuklah keluarganya sendiri.

Ia susulan dengan kes pernikahan dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Aslam secara senyap pada Disember tahun lalu. Malah, dia juga turut meminta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk membuka mulut mengenai kontroversi pernikahannya dengan Aslam.


Artikel berkaitan : “Situasi kami tak seperti dalam gambar ni ya” – Umisya Perjelas Isu Video ‘Boomerang’ Dengan Marissa

Artikel berkaitan : Muat Naik Gambar Bersama, Marissa & Umisya Sudah Berbaik?

“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.”

“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.”

images 2

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar.”

Berkenaan dengan hubungan Aslam dengan ahli keluarganya, Marissa menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia bersyukur apabila mereka memaafkan dan menerima kehadiran Aslam.

“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.”

Screenshot 2024 04 16 152532

“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.”

“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu.”

Screenshot 2024 04 16 152427

Berkenaan denagn isu dengan hubungan dia dengan madu, Marissa dilihat enggan mengulasnya dan hanya meminta agar mendoakan mereka.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.