in

“Saya akan kongsi bila tiba masanya” – Ibu Fatimah ‘The Family UK’ Tiada Niat Sembunyikan Penyakit Anak

Fatimah The Family Uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang menantikan perkembangan terkini keadaan kesihatan personaliti cilik, Fatimah ‘The Family UK’ susulan berita dia dimasukkan ke hospital.

Netizen juga melahirkan rasa simpati dan menitipkan doa buat adik Fatimah yang kini dirawat di Hospital Birmingham, United Kingdom.


Menurut ahli keluarga ‘The Family UK’, keputusan biopsi kedua Fatimah akan diketahui dalam tempoh 10 hingga 14 hari selepas prosedur dijalankan pada 29 Mei lalu.

Artikel berkaitan: “Sesama islam membuli” – The Family UK Terkilan Kena Label Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Di Hari Raya

Artikel berkaitan: “Allah tolong hantar Mamajee 1 minit je” – Neelofa Sebak Kongsi Keadaan Fatimah, Masih Bersedih Dengan Pemergiaan Adam Didam

Menurut ibu Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail, keadaan kesihatan Fatimah perlu pemantauan doktor dan kiraan darah dilakukan setiap hari untuk penilaian dari semasa ke semasa.

“Tekanan darah dan kadar denyutan jantung Fatimah turun naik.

“(Kiraan darah) semakin menurun. Tak turun mendadak, tapi perlahan. Jika ada keperluan, prosedur pemindahan darah akan dijalankan,” katanya.

Katanya, prosedur biopsi kedua Fatimah mengambil masa lama berikutan sampel tisu Fatimah dihantar ke tiga makmal berbeza untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis penyakit.

Fatimah masih teruja belajar walau sakit

Kongsi Nor Ashila, Fatimah merupakan anak yang kuat semangat. Anak keduanya itu juga teruja untuk meneruskan sesi pembelajaran di hospital.

“Fatimah sendiri buat permintaan untuk ada kelas setiap hari. Dalam keadaan dia dirawat di hospital, dia tetap teruja untuk belajar dan melakukan pelbagai aktiviti.

“Namun, sejak 21 Mei lalu, keadaan Fatimah yang lemah membuatkannya tidak dapat meneruskan kelas. Tapi cikgu datang ke wad setiap hari, bawa laptop dan buku,” ujarnya.

Adamdidam 2

Bukan nak sembunyikan penyakit anak…

Sementara itu, Nor Ashila menjelaskan mereka tiada niat untuk menyembunyikan atau berahsia mengenai penyakit yang dihadapi Fatimah.

“Saya akan kongsikan apabila tiba masanya, selepas doktor mengesahkannya. Terima kasih kepada semua yang bersabar dan bertenang, terutama mereka yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Fatimah,” katanya.

Fatimah mula tular di media sosial kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan dan bahasa Melayu walaupun dibesarkan di luar negara.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.