in

“Saya ada bukti” – Bibik Zarina Zainuddin Dakwa Lari Sebab Tak Tahan Dipukul Azil?

Untitled Design 2024 03 25T152217.054

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, heboh apabila pembantu rumah kepada pelakon senior, Zarina Zainuddin dikatakan lari dari rumah.

Terbaru, bekas pembantu rumah atau bibiknya itu mendedahkan dia sebenarnya lari dari rumah pelakon filem Sejoli itu kerana sudah tidak tahan dipukul oleh anaknya iaitu Azil yang menghidap hyperautisme.


Artikel berkaitan: “Itu pengajaran & hikmah” –  Zarina Zainuddin Harap Ruhainies & Aliff Aziz Tidak Digam Kerana...

Artikel berkaitan: Hajat Zarina Zainuddin Nak Nikahkan Anak Istimewa Ditentang Segelintir Pihak Sebab…

Pembantu rumah warga Indonesia yang dikenali sebagai Rahayu itu mendedahkan perkara tersebut melalui TikTok miliknya namun dia memadam video berkenaan selepas beberapa jam, namun sempat direkod dan dimuat naik semula oleh netizen lain.

@atir638

klarifikasi mantan maid datin Zarina zaenudin @mStar Official #pyfツviral_klarifikasi

♬ suara asli – atir – atir

Selain itu, dia juga menunjukkan beberapa bukti kesan lebam di badannya akibat dipukul oleh Azil.

Malah, dia juga menolak dakwaan bahawa dia mencuri barangan milik bekas majikannya itu sebelum melarikan diri.

“Berkenaan isu mencuri, sehelai habuk pun saya tidak bawa lari keluar daripada rumah Zarina dan jika benar saya mencuri kenapa tak laporkan?

Kenapa selepas 6 bulan saya keluar rumah itu barulah diungkit hal ni?,” katanya.

Sebelum ini, Zarina berkongsi di laman Instagram miliknya bahawa bekas pembantu rumahnya itu mencuri barang emas miliknya dan menghilangkan diri selepas mendapat gaji serta melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas.

Sumber: mStar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.