in

“Satu kampung terkena” – Penduduk Kampung Terkejut Jumpa ‘Mayat’ Tersangkut, Rupa-Rupanya….

Viral Pemuda Lemas Parit 1

Viral di TikTok baru-baru ini dengan perkongsian sebuah kisah yang awalnya ‘menyayat hati’ kerana kononnya penduduk sebuah kawasan di Indonesia telah menjumpai mayat seorang pemuda yang kelihatan seakan-akan tersangkut di sebuah saluran air yang telah mengemparkan penduduk sekitar.

Difahamkan, orang ramai yang lalu lalang dikawasan tersebut mula berkumpul dan memenuhi kawasan parit tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘tragedi’ menyayat hati tersebut.

Menerusi dialog pertuturan perakam, orang ramai menjangkakan pemuda tersebut pada awalnya bermain (mandi-manda) di kawasan air tersebut sebelum dipercayai lemas dan seterusnya dibawa arus sebelum tersangkut di situ.

Tiktok Lemas Indonesia

Menurut rakaman, kelihatan pemuda berkenaan terlalu lama berada di bawah permukaan air dan disyaki sudah tidak bernyawa oleh orang awam disana.

“Kalau meninggal tak mungkin lama-lama, arus deras”

Namun, kedengaran juga suara latar yang mempersoalkan kejadian yang berlaku kerana sekiranya mangsa telah lemas dan meninggal, pasti badannya tersebut tidak akan tersangkut kerana arus disitu agak deras.

Ternyata perkara tersebut adalah betul! Terkena satu kampung beb~

@sandy.aspirantaTenggelam Di Kanal♬ suara asli – Sandy Aspiranta

Setelah orang awam cuba untuk mendapatkan ‘mayat’ tersebut, pemuda berkenaan tiba-tiba bangun dan kelihatan agak terkejut kerana orang ramai telah mengerumuni kawasan tersebut, dan dia diminta naik oleh orang ramai.

Kalau nak diikutkan, ‘kebolehan’ pemuda tersebut untuk berada di bawah permukaan air untuk tempoh yang lama bukanlah sesuatu yang mustahil. Kalau korang biasa ke kawasan air terjun, memang akan ada ruang udara yang membolehkan korang bernafas di kawasan air berbatu seperti ini.

Namun, mungkin disebabkan lokasi berkenaan yang terletak berhampiran dengan kawasan perkampungan atau jarang ada orang yang mandi disitu menyebabkan orang ramai mulai sangsi dengan kejadian dan menyangka pemuda tersebut adalah ‘mayat’.

Mamat tu pun satu, sekali sekala bergerak lah supaya orang tahu dia hidup lagi….

Baca : Gara-gara Trend ‘Salam Dari Binjai’, Ramai Mengeluh Pokok Pisang Mereka Ranap Dikerjakan Budak-budak

Collage 2

Sumber: TikTok