in

“Satu kampung tengah bengang dengan dia” – Tok Sitdek Didakwa Guna Dana Berbasikal Ke Makkah Buat Beli Y15, Tapi Ni Jawapan Dia

Feature Image Tok Sidek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan mengenai kegigihan seorang warga emas ingin berbasikal daripada Negeri Sembilan hingga ke Makkah.


Lelaki itu lebih mesra di sapa sebagai Tok Sitdek, 62, dikatakan berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000 hasil jualan buku dan sumbangan orang ramai pada sebelum ini.

Namun, baru-baru Tok Sitdek kembali viral di media sosial apabila dia dikatakan menyalahgunakan dana yang diberi orang ramai dengan membeli barangan peribadi seperti kereta dan motosikal. Eh biar betul?

Menurut perkongsian @AfzanAbuBakar, Tok Sitdek dikatakan masih berada di kawasan rumahnya dan menggunakan kenderaan yang baru dibelinya.

Bukan dia sahaja yang berkongsi mengenai perkara ini, tapi dikatakan penduduk di kawasan sekitar juga turut mempersoalkan kenderaan baru yang telah dibeli oleh Tok Sitdek itu.

Emmihjxvuaesuik 1
Sumber: twitter

Pernah dapat tajaan pergi ke China?

Melalui perkongsian itu juga, individu tersebut ada mengatakan bahawa pada sebelum ini Tok Sitdek pernah mendapat tajaan untuk berbasikal pergi ke negara China. Balik sahaja daripada ekspidisi itu, dia dikatakan membawa pulang sekali isteri baru? Fuhh

Tak patah semangat!

Tapi setelah mendapat tahu dirinya viral di laman media sosial, Tok Sitdek telah membuat penjelasan sebenar mengenai ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Harian Metro, Tok Sitdek terpaksa menghentikan ekspidisinya buat sementara waktu kerana berlakunya bencana alam iaitu banjir. Pada masa kini, basikal yang digunakannya itu masih di tinggalkan di Kuantan, Pahang selepas terkandas akibat banjir.

Disebabkan itu juga lah dia sekarang berada di rumah dan menurutnya juga dia tidak akan berputus asa untuk meneruskan ekspidisi berbasikal ke Makkah.

Tambahnya lagi, Tok Sitdek ada menjelaskan mengenai isu wang dana yang digunakan untuk kegunaan peribadi.

“Saya mempunyai 10 anak dan kebanyakannya sudah bekerja, secara logiknya sudah tentu mereka memberikan wang kepada saya serta isteri.”

“Tidak pernah saya ceritakan (hal peribadi) kepada semua orang dan saya rasa tidak perlu pun untuk saya beritahu.”

“Namun saya tak sangka pula (beli kenderaan) akan jadi isu. Saya beli kereta terpakai menggunakan wang hasil jualan kuda, manakala motosikal baharu pula milik anak saya yang dibeli menggunakan wang yang dipulangkan oleh pemilik motosikal lama kerana ada masalah dokumentasi,” katanya.

Hah itu jawapan yang Tok Sitdek bagi. Semoga urusan untuk dia berbasikal ke Makkah tu terlaksana, dan kalau betul dia menipu sekalipun, min rasa itu antara dia dengan Tuhan.

 

Baca: “10 ribu lebih km tu” – Niat Murni Pergi Mekah Naik Basikal Terima Doa & Pujian Netizen

Svd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.