in

“Sasarkan usahawan & influencer” – Peti Besi, Barang Kemas Usahawan Wanita Ditemui Semula

rumah usahawan wanita dipecah masuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal Mac lalu, media melaporkan rumah seorang usahawan wanita terkenal, yang terletak di Padang Balang, Sentul dipecah masuk.

Anggaran kerugian yang dilaporkan usahawan itu berjumlah RM3.5 juta yang mana sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang RM3 juta dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barangan kemas milik ahli keluarga.


Polis temui peti besi dalam sungai

Selepas dua minggu, polis akhirnya berjaya menyelesaikan kes pecah rumah usahawan terbabit. Turut dijumpai semula, peti besi yang dilarikan selain empat jongkong emas, pelbagai barang kemas, beg berjenama serta wang tunai dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Artikel berkaitan: “Jongkong emas, beg tangan…” – Usahawan Wanita Terkenal Rugi RM 3.5 Juta Lepas Rumah Kena Pecah Masuk

Polis menahan empat suspek termasuk tiga wanita, kesemuanya warga tempatan berusia antara 22 hingga 36 tahun.

“Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kita berjaya menemui peti besi berkenaan yang dibuang dalam Sungai Sembrong di Batu Pahat,” kata polis.

Dalam kenyataan itu, polis menemui semula empat jongkong emas bernilai RM1 juta, yang gagal ditemui suspek kerana disimpan dalam petak tersorok dalam peti besi itu.

“Secara keseluruhan, kita menemui semula empat jongkong emas, 15 rantai emas, gelang emas (14), cincin emas (dua), beg berjenama (tujuh), dan masing-masing satu loket emas dan subang emas dengan nilai dianggarkan RM2.1 juta.

“Pihak polis turut menemui semula wang tunai RM60,000 daripada keseluruhan RM400,000 wang tunai yang dilarikan dalam kes ini. Kita masih mengesan bakinya,” katanya.

Tambahnya lagi, kumpulan ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes pecah rumah di Kelantan dan Selangor selain di ibu kota dengan modus operandi mereka menyasarkan ahli perniagaan dan pempengaruh media sosial.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.