in

“Sape ikut nangis kita geng” – [VIDEO] Pemuda Sebak Kawan-kawan Sanggup Share Duit, Belikan Hadiah Birthday

Fi Sebak Dapat Hadiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari lahir semestinya dah jadi hari paling bermakna dalam hidup kita, sebab kita akan sambutnya setahun sekali saja. Kebiasaannya, ramai yang akan menyambut hari jadi mereka bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan dengan seronok sekali.


Namun, nilai sambutan hari jadi itu akan jadi lebih bermakna bila kita dikelilingi oleh orang yang boleh menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka.

 

Mula-mula muka keras.. Sebak tak sangka dapat hadiah

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular apabila reaksi pemuda ni dapat hadiah yang tak disangka-sangka dari rakan-rakannya menyentuh perasaan ramai.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @multazamnasir, menunjukkan sekumpulan pemuda ni cuba nak bagi hadiah pada salah seorang kawang dorang.

Pada awalnya, dia sempat lagi bergurau kasar dengan dorang semua, sampailah ketika dia buka hadiah yang diberi terus dia mula sebak dan menangis.

@multazamnasir

Hargai lah detik2 bersama sabahat kita ❤️ @ashmilsulaiman_ #fyp #friendship #fypシ

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

 

“Kita simpan sini buat kenangan”

Mungkin disebabkan memang tak percaya yang kawan-kawannya sanggup belikan hadiah untuknya, pemuda tersebut dilihat tak dapat kawal emosi dan terus menangis.

Kawan-kawan dia pun bersyukur, sebab kasut yang dibeli mereka tu memang muat dipakai pemuda yang dikenali sebagai Mil itu.

Perkongsian video ini dah dapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia dah meraih lebih dari 400k views di TikTok.

@multazamnasir

Kita simpan sini buat kenangan @ashmilsulaiman_ #fyp #friendship #fypシ

♬ Count on Me (Instrumental Version) – Instrumental Pop Songs & Soft Background Music

“Aku pulak bergenang tengok”

Menjengah ke ruangan komen, nyata posting tersebut menyentuh perasaan ramai yang tengok. Ramai netizen nyatakan, sifat persahabatan ditunjukkan kumpulan pemuda tersebut wajar dipuji. Di samping itu juga, ada yang turut sebak bila tengok rakan-rakan dia tetap berusaha nak bagi hadiah sempena hari jadi Mil.

Reak Sebak Dapat Hadiah 1 Edit Reak Sebak Dapat Hadiah 2 Edit Reak Sebak Dapat Hadiah 3 Edit Reak Sebak Dapat Hadiah 4 Edit

Seronok betul ada kawan-kawan macam ni, walaupun selalu bergurau kasar tapi dalam hati tu masing-masing ada taman gituu.

 

Baca : “Tak pernah minta apa-apa dekat ayah” – [VIDEO] Gadis Menangis Dapat Hadiah Birthday Gelang Emas Dalam Kotak Facemask

Foot Sebak Dapat Hadiah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.