Bergelar seorang anggota tentera baik di unit ATM, TUDM atau TLDM pastinya menjadi impian sesetengah anak muda khususnya lelaki kerana jiwa mereka yang ingin berbakti kepada negara. Namun, kita sedia maklum yang kriteria tapisan pemilihan untuk diserap masuk adalah sangat ketat terutama sekali dari aspek kesihatan.
Kalau sebelum ini kita pernah dengar calon yang mempunyai parut berkemungkinan tinggi risikonya untuk gagal pemilihan. Dalam perkongsian seorang lelaki di TikToknya @zulunity ada memuat naik satu video seorang calon dalam proses pengambilan perajurit muda Tentera Darat (TD).
https://www.tiktok.com/@zulunity/video/7099270792868875546?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Pemeriksaan kesihatan tapak kaki
Menerusi video tersebut, pemuda berbaju putih itu diarahkan untuk mencelup kedua-dua kakinya dalam baldi air kemudian dia diarahkan untuk terus pijak atas potongan kotak. Sampai macam tu sekali ya!
Tapak kaki jenis rata tak lepas
Rupa-rupanya, kesan basah yang terbentuk di atas potongan kotak tadi akan menjadi penentu kelayakan seseorang calon untuk mara ke ujian kesihatan seterusnya. Jelas TikTokers ini yang lebih dikenali sebagai Tuan Zul, hanya yang mempunyai tapak kaki tidak rata sahaja dianggap memenuhi kriteria ditetapkan dalam syarat pengambilan.
Menerusi ruangan komen, ternyata ramai yang berkongsi pengalaman mereka pernah gagal di fasa tapisan sama gara-gara mempunyai flat foot. Mereka juga ada menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa tapak kaki yang rata sebenarnya ada kaitan dengan ketahanan diri seseorang termasuklah kesukaran berdiri terlalu lama atau masalah ketika aktiviti kawad.
Rupa-rupanya proses pemilihan nak masuk anggota ni terperinci juga ya! Goodluck semua yang akan melalui ujian ni ya!
Baca: “Remaja 19 Tahun Lari 10KM Balik Rumah Lepas Pulang Kerja Sebab Nak Masuk Tentera”