in

Sangka Kita Negara Kelas Ketiga, Wanita AS Kagum Malaysia Ada Mall Sebesar Pavilion

cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Malaysia adalah sebuah negara membangun. Meskipun kita belum boleh digelar sebagai sebuah negara maju, namun beberapa industri di dunia ini dikuasai oleh Malaysia seperti industri makanan halal dan kita merupakan salah satu pengimport getah terbesar di dunia.

Pun begitu, masih ada sesetengah golongan yang masih menganggap Malaysia adalah sebuah negara kelas ketiga dan mundur.


1 1

Dalam satu video yang berlegar di media sosial baru-baru ini, seorang wanita dari Amerika Syarikat mengaku dia terkejut melihat pusat beli-belah sebesar Pavilion wujud di Malaysia.

“Kepada rakan di Amerika yang sangka saya berada di negara kelas ketiga. Adakah ini seperti negara kelas ketiga?”, ujar wanita ini.

Sambung wanita ini, tiada tempat sebesar dan secantik pusat beli-belah seperti Pavilion yang wujud di tempatnya. Dia kemudiannya memuji dan meluahkan rasa gembira dapat melihat tempat seperti ini.

Apa komen warganet?

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapat rata-rata warganet tidak terkejut dengan video wanita tersebut. Menurut salah seorang warganet, rata-rata warga Amerika tidak pernah mengambil tahu tentang negara lain kerana menyangka negara mereka adalah yang paling maju di dunia.

Ada juga yang mendedahkan sesetengah warga Amerika menyangka penduduk Malaysia menetap di atas pokok.

“Tak terkejut, Dulu pun, sesetengah daripada mereka menyangka yang rakyat Malaysia hidup di atas pokok”, komen seorang individu.

Apa komen anda?

Kredit: Mulut_Cabai

BACA: Karen Versi Lelaki Maki ‘F**k Off’ Dekat Pak Guard Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.