in

“Sanggup letak jawatan…” – Datuk Bandar Wuhan Mengaku Rahsiakan Pasal Coronavirus, 5 Juta Dah Keluar Dari Bandar Sebelum Kuarantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang telah membuat pengakuan mengejutkan tentang coronavirus, lapor Think China. Dalam sidang media dibuat pada Ahad, 26 Januari itu, Zhou mengaku ketika mula-mula kesan penularan coronavirus, mereka telah merahsiakan tentang wabak berkenaan.


Sumber: Think China

Menurut Wall Stress Journal, Zhou berkata belum sempat mereka hebahkan hal ini dan kerajaan juga belum maklumkan kepada Beijing, lebih kurang 5 juta penduduk sudah pun keluar dari bandar Wuhan. Mereka tinggalkan bandar sebelum dikuarantin jadi mungkin perkara itu juga menyumbang kepada kepantasan penularan wabak itu ke seluruh negara dan di pelusuk dunia.

Kata Zhou lagi, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Beijing, dia tidak boleh buat apa-apa selagi tidak mendapat kebenaran. Ini kerana Beijing juga perlu mendapat kelulusan dari kerajaan pusat sebelum memaklumkan tentang informasi virus itu sepenuhnya.

Sumber: Salon

Sebagai wakil kerajaan negeri, selepas saya dapat informasi begini saya masih perlu menunggu kebenaran sebelum membuat pengumuman. Ketika itu, orang ramai tidak faham tentang prosidur ini.”

Jika ada yang masih kurang senang dengannya, Zhou berkata dia dengan rela hati akan meletakkan jawatan, asalkan ianya memberi kebaikan untuk mengawal wabak dan demi keselamatan dan hidup rakyat. Zhou dan pembantu Parti Komunis Wuhan, Ma Guoqiang kini bersedia untuk menerima apa-apa tindakan.

Kami sangup bertanggungjawab. Seseorang haruslah menanggung akibat dan orang ramai ada hak memberi pendapat, jadi kami bersedia untuk menenangkan mereka dengan perletakan jawatan.”

Sumber: Forbes

Meskipun nasib kedua-dua mereka belum ditentukan namun netizen di sana kini terus menerus mengkritik tentang bagaimana wabak coronavirus ini diuruskan. Menurut mereka, pihak pentadbiran tidak bertanggungjawab dan cuai.

Kerajaan China mengumumkan bahawa mereka akan memanjangkan cuti Tahun Baru Cina sehingga 2 Februari dengan harapan ianya akan melambatkan risiko jangkitan selepas mereka pulang ke bandar dari kampung halaman masing-masing.

Baca: [TERKINI] Angka Korban Koronavirus Meningkat Kepada 170, WHO Buat Mesyuarat Tergempar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.