in

Sanggup Buat Laporan Palsu Kata Kena Samun, Rupanya Laki Bini Dah Komplot Berlakon Sebab Terdesak Nak Guna Duit

Aa 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang susah untuk mencari sumber pendapatan yang stabil di kala pandemik Covid-19 ini melanda.


Namun, melakukan jenayah bukanlah jalan pintas untuk mendapatkan wang apatah lagi sehingga sanggup merancang jenayah samun hanya kerana menghadapi masalah kewangan.

Itulah yang berlaku di Rawang pada Ahad lalu apabila seorang wanita disyaki telah berlakon disamun ketika ingin memasukkan wang syarikat ke dalam sebuah bank.

A2 4 1

Kejadian dilaporkan berlaku apabila wanita tersebut membuat laporan polis beg tangan miliknya disamun oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Wanita itu mendakwa mengalami kerugian RM6,788 termasuk RM6,288 milik syarikat yang diserahkan kepadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari tersebut.

 

Komplot reka kes samun dengan suami

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan setelah membuat siasatan lanjut, pihak polis berjaya membongkar sandiwara wanita terbabit yang membuat laporan palsu tentang kes samun tersebut.

Malah, apa yang mengejutkan kes ini telah dirancang terlebih dahulu bersama suaminya dan dua orang rakannya yang lain.

Arifai berkata, wanita itu akhirnya mengaku terpaksa membuat laporan palsu untuk menggunakan wang milik syarikat kerana mengalami kesempitan wang untuk perbelanjaan harian.

A 4 3

“Dia kemudian ditahan dan hasil pemeriksaan menemui beg tangan dan barangan peribadi wanita itu yang tidak hilang.”

“Wanita itu juga mengakui memasukkan sejumlah wang milik syarikat ke dalam akaun peribadi milik suami selain memberi upah kepada dua lagi suspek.”

Polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 31 tahun, manakala seorang lagi sedang dikesan. Ketiga-tiga mereka direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan pihak polis akan merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan, lapor Harian Metro.

 

Korang kalau terdesak nak guna duit pun janganlah sampai berlakon kena samun. Tak pasal-pasal kena duduk lokap.

 

Baca: “Mencemarkan PDRM” – Tular Video Samun Wanita Warganegara China, Polis Berpangkat Koperal Ditahan

A3 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.