in

“Sampainya hati kamu” – Datang Dari Jauh Semata-Mata Nak Jumpa Anak, Pakcik Ini Hampa Dipermainkan

Cats 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa merupakan orang paling berharga dalam kehidupan kita. Sebabnya, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan memang tak boleh diganti. Jadi, kita sebagai anak tak patut bertindak kejam terhadap mereka yang membesarkan kita sepenuh hati.

Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok, Ezat Kamisan berkongsi kisah pakcik tua yang dipercayai, ditinggalkan anaknya di sebuah stesen minyak di Alor Gajah. Apa yang meruntun hati, pakcik itu dilihat sedang menangis berhampiran motornya di stesen minyak itu.


Qw

Artikel berkaitan: “Takdelah marah” – Nama Bapa Dibuat Main, Azmi Saat Terima Permohonan Maaf Jihan Muse

Pada awalnya, Ezat ternampak pakcik itu sedang termenung bersendirian di motosikalnya. Setelah menguruskan halnya, dia pergi menegur pakcik itu yang masih ada di tempat sama.

Menurutnya, lelaki tua itu sedang dalam perjalanan pulang ke tempatnya dari Ayer Keroh sambil menunggu ketibaan anaknya di kawasan simpang berhampiran.

Qw1

“Anak dia call minta datang, tapi anaknya tak ada pun di rumah. Paling sedih dia cakap, anak pakcik ada enam orang semuanya.”

Artikel berkaitan: “Best dad ever!” – Bapa Sambut Hari Jadi Anak Syurga, Lari Maraton Sambil Tolak Kerusi Roda

Pakcik itu turut meluahkan rasa dukanya kerana telah dipermainkan oleh anak-anaknya walaupun semua telah memiliki kerjaya masing-masing.

“Semua kerja kerajaan, tapi kenapa mereka mainkan pakcik. Pakcik dah umur 70 tahun, apa pakcik boleh buat.”

Menyedari keadaan itu, Ezat memberi sedikit wang belanja kepada pakcik itu namun telah ditolaknya. Akan tetapi, dia terus memujuk agar pakcik itu dapat isi minyak motor dan juga mengisi perutnya.

Bila menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan akan pakcik itu.

4

Tak kisahlah macam mana sekalipun ibu bapa kita, anak mesti bertanggungjawab dan ada sifat belas kasihan pada mereka. 

Sumber: TikTok, mStar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.