in

“Sampai sekarang boleh tengok lagi”- Ini 5 Video Terawal Yang Dimuat Naik Di YouTube

F3 Video Yt Terawal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain Netflix, platform perkongsian video iaitu YouTube juga sering menjadi pilihan kita untuk menonton video-video dan drama-drama yang menarik.



Ini kerana YouTube adalah percuma untuk tontonan semua orang. Kalau macam Netflix dan Viu, kena bayar dulu baru boleh tengok kan.

Untuk pengetahuan semua, platform YouTube mula dilancarkan pada 14 Februari 2005 oleh tiga orang individu iaitu Steven Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim.

Namun, tahukah anda video manakah yang paling awal dimuat naik di platform ini? Kalau tak tahu, tak mengapa sebab kali ini kami nak kongsikan dengan anda lima video terawal yang dimuat naik di YouTube.

#1 Me at the zoo 

Video seorang lelaki di San Diego Zoo ini telah dimuat naik sendiri oleh salah seorang pengasas YouTube iaitu Jawed Karim.

9 1 1

Pada ketika video itu dimuat naik (24 April 2005), Karim baru sahaja berusia 25 tahun dan video yang telah dirakam oleh rakan Karim itu memaparkan Karim yang sedang berada di depan dua ekor gajah.

Video itu dirakam menggunakan kamera Karim sendiri.

Kini, setelah 17 tahun berlalu, video berkenaan telah ditonton sehingga 247 juta kali.

#2 My Snowboarding Skillz 

Video yang hanya berdurasi selama 10 saat ini pula menunjukkan seorang lelaki jatuh ketika membuat aksi luncur salji.

Ia telah dimuat naik pada 23 April 2005 dan kini tontonannya telah mencecah hingga 2.1 juta kali.

#3 tribute 

Video yang hanya memaparkan seorang lelaki melompat ini pula telah meraih tontonan hingga 1.1 juta kali di YouTube.

Apa yang menarik ialah pemilik akaun YouTube ini hanya memuat naik sebuah video sahaja sepanjang tempoh 17 tahun ini.

10 2

Ia telah dimuat naik pada 25 April 2005.

#4 Premature Baldness 

Video yang telah dimuat naik pada 29 April 2005 ini mempunyai durasi 1 minit dan 59 saat.

Ia menunjukkan seorang lelaki telah membotakkan kepalanya di kawasan awam.

Ramai warganet zaman kini yang menonton video itu mengatakan mereka kagum dengan video ini sebab ia merupakan antara video yang pertama yang telah diedit.

#5 carrie rides a truck 

Walaupun hanya berdurasi selama 15 saat, video yang memaparkan seorang gadis menaiki trak mainan ini telah meraih tontonan sebanyak 376 ribu kali.

Ia telah dimuat naik pada 30 April 2005.

#6 Pajamas and Nick Drake 

Video yang berdurasi selama 30 saat ini memaparkan seekor kucing bernama Pajamas sedang menari sambil ditemani sebuah lagu oleh Nick Drake.

Korang yang suka kucing memang patut tengok video kucing yang telah ditayangkan pada 22 Mei 2005 kerana ia merupakan antara video haiwan comel yang terawal dimuat naik di YouTube.

Tak sangka dah 17 tahun dah YouTube ni. YouTube ni lah yang selalu teman kita di kala sunyi dan bosan kan. 

Baca: 7 Filem Komedi Seram Thailand Yang Boleh Hiburkan Penonton Sampai Tak Kering Gusi

8 3

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.