in

“Sampai orang sponsor pergi Disneyland”- Wanita Dakwa Dirinya Hidap Kanser Sampai Suami Sendiri Tertipu

F Penipu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di United Kingdom yang berusia 32 tahun ini sanggup menipu orang di sekelilingnya yang dia menghidap kanser tahap tenat sehingga ramai yang terpedaya dengan penipuannya itu, lapor Mirror.


Penipu 1

Stephanie Hunter yang juga seorang ibu dikatakan telah mula menipu menghidap penyakit itu pada tahun 2016 ketika dia tak hadir ke tempat kerjanya pada suatu hari.

Suami dia pun turut sama tertipu sebab wanita ni ada bawa suaminya jumpa pengarah rumah pengebumian untuk menguruskan kematiannya nanti. Dia juga menipu suaminya yang dia ke hospital untuk temu janji dengan doktor.

Dia mendakwa dirinya perlu menjalani pembedahan paru-paru dan selama tiga bulan juga, dia kemudiannya perlu menjalani rawatan kemoterapi. Disebabkan itu, kedatangannya ke tempat kerja pada Januari hingga September 2017 tak pernah penuh.

Ibu kepada tiga anak itu juga mendakwa dia hanya mempunyai 18 bulan sahaja untuk hidup pada ketika itu. Yang lagi teruk, dia juga membotakkan kepalanya pada awal tahun 2017 untuk meyakinkan rakan sekerja bahawa dia baru sahaja keluar dari wad hospital.

Disebabkan dia tak ada waktu yang lama untuk meneruskan hidup, rakan sekerjanya yang turut bersimpati telah menderma sejumlah wang untuk memberinya sebuah percutian ke Disneyland Paris bersama anak-anaknya.

Namun, rahsianya mula terbongkar lepas mereka anak beranak pulang dari Paris. Kes ini kemudiannya telah dibicarakan di mahkamah dan wanita ini akhirnya menerima hukuman penjara selama 15 bulan setelah dia akhirnya mengaku bersalah.

Pasangan suami isteri ini juga katanya telah berpisah sebab lelaki tu memang malu dengan perangai bekas isterinya itu. Menurut pihak mahkamah, niat sebenar wanita ini adalah untuk mendapatkan simpati dan perhatian daripada orang terdekat.

Orang macam ni pun ada rupanya. 

Sumber: Mirror

Baca: “Muka keluar TV tgh celebrate gol Harry Kane”- Tipu Majikan Cuti Sakit, Wanita Pergi Tengok Game EURO 2020 Dibuang Kerja

Penipu

Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.