in

“Sampai macam tu sekali” – [VIDEO] Takut Dengan Covid, Wanita Sanggup Cuci Wang Kertas RM50 Guna Air

Ft Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Malaysia telah memperketatkan SOP bagi mengelakkan jangkitan wabak Covid-19 di seluruh negara. Namun, masih ada lagi yang tidak mematuhinya dengan ambil endah tak endah dengan SOP.


Rakyat memainkan peranan yang penting dalam memutuskan rantaian Covid-19 di seluruh negara. Mereka seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam semua aspek termasuklah semasa menjalankan urusan jual beli.

Dalam perkongsian @afizutara, dia telah memuat naik video di Tiktoknya yang memaparkan seorang wanita warga emas sedang membasuh wang kertas yang bernilai RM50 menggunakan air paip.

@afizutara

????????

♬ bunyi asal – afiz utara – afiz utara

Dalam video tersebut, Afiz yang membeli rokok sedang menunggu duit baki daripada auntie kedai runcit sambil duduk atas motornya. Tapi korang tengoklah lepas wanita tu dapat duit daripadanya.

“Tak pernah dibuat orang”

Wanita tersebut membasuh wang kertas RM50 iaitu duit daripada Afiz menggunakan air paip depan kedainya.  Dia melakukan hal tersebut kerana dia ingin elakkan daripada jangkitan covid. Afiz berkata, wanita tersebut akan membasuh wang setiap kali dia menerimanya daripada pelanggan. Sampai macam tu sekali takut dengan Covid-19. 

Video pendek tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen tidak boleh brain dengan apa yang dilakukan wanita tersebut. Tapi ramai juga yang memuji wanita tersebut.

Antara komen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Kobit

Walaupun perbuatan wanita tersebut kelihatan pelik dan tak pernah dibuat orang, namun perbuatannya itu mungkin merupakan satu cara yang efektif bagi mengelakkan wabak Covid-19.

Kalau semua orang orang macam auntie ni kan bagus.

Baca: “Yang ni sop pun terjaga” – [VIDEO]  Ramai Sangat Nak Suntik Vaksin Terpaksa Cop Tempat Guna Selipar

Capture E1630487509840

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.