Sejak kelonggaran diberikan kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan di negara ini, makin ramai yang tak sabar-sabar untuk dapat suntikan vaksin mereka.
Bukan saja kita, malah semangat nak ambil vaksin ditunjukkan oleh saudara di negara jiran kita pun apa kurangnya sampai mereka ada cara tersendiri nak elakkan daripada bersesak sewaktu datang ke pusat pemberian vaksin.
Susun selipar sampai keluar
Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan suasana di sebuah tempat pemberian vaksin di Indonesia yang boleh dikatakan agak ‘unik’.
Menerusi posting oleh @kaptenrif ini, melihatkan terdapat ramai orang yang duduk di luar bangunan sebuah tempat pemberian vaksin.
Namun bila difahamkan, rupanya mereka semua itu sedang beratur dan menunggu giliran untuk mengambil suntikan vaksin. Tak macam beratur pun? Haa cuba tengok betul-betul.
Sebenarnya mereka semua ini dah beratur dengan ‘cop’ kedudukan dengan menyusun selipar mereka. Dalam video tersebut, dapat dilihat barisan yang dibuat sangatlah panjang sampai ke luar pintu pagar kawasan berkenaan. Siap ada belok lagi dekat hujung tu.
Video yang dikongsikan kurang dari tempoh 24 jam semasa artikel ini ditulis, meraih sehingga lebih dari 4.3 juta views di TikTok.
@kaptenrif Ada aja kelakuan warga (+62), besok gua nitip sendal dari malem kali yaaa😂
“Yang bagi idea macam tu mesti dia bangga”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji idea kreatif yang ditunjukkan oleh masyarakat di sana. Selain itu ada yang berpendapat bahawa langkah tersebut bagus sebab memudahkan golongan berusia, dan elakkan daripada orang ramai berhimpit.
Kreatif betullah dorang semua ni. Tapi doktor panggil giliran berdasarkan bentuk dan warna selipar ke cana?
Baca : “Jauhnya ambil vaksin” – [VIDEO] Netizen Terkejut Remaja Ambil Vaksin Sampai Luar Negara, Rupanya...