in

“Sampai 40 jahitan” – [GAMBAR] Seronok Ambil Gambar Dengan Anjing, Sekali Diserang & Digigit di Muka!

Kena Gigit Anjing

Seorang gadis baru-baru ini berdepan detik mendebarkan ketika posing mengambil gambar dengan seekor anjing. Menurut WOB, remaja bernama Lara dan berasal dari Argentina itu telah berkongsi gambarnya di Twitter, menunjukkan bagaimana kejadian dia diserang anjing German Shepherd itu berlaku.

Anjing1
sumber: twitter

Menurut Lara, dia sendiri tidak pasti sama ada anjing itu menyerangnya di muka kerana dia sentuh pinggul haiwan itu atau kerana ia sudah tua dan keliru. Atau menurut Lara mungkin juga kerana dia terlalu rapat dengan anjing tersebut menyebabkan haiwan itu takut dan terus menyerangnya.

Melalui beberapa gambar yang dikongsi di Twitter itu, Lara boleh dilihat tersenyum dan gembira di samping anjing bernama Kenai. Tapi pada gambar seterusnya, kamera Lara berjaya merakamkan detik ketika Kenai membuka mulut dan menggigit muka Lara.

Anjing2

Anjing3
sumber: twitter

Disebabkan itu, Lara mengalami kecederaan di muka dan gusinya hingga terpaksa menjalani dua pembedahan berbeza. Menurut doktor, Lara telah menerima sebanyak 40 jahitan di muka dan gusinya.

Dia juga ada berkongsi gambar wajahnya selepas menerima rawatan dan dijahit. Kata Lara, dia tidak merasa apa-apa kesakitan ketika digigit anjing tersebut dan tidak akan menyalahkan haiwan itu kerana semuanya tak disengajakan.

Anjing4

Anjing6
sumber: twitter

Lara kini sedang dalam proses pemulihan dan mukanya mengalami keradangan namun ubat-ubatan doktor dapat membantunya menahan kesakitan.

Ngam ngam kamera tu tangkap time anjing buka mulut.

Baca: “Kau mintak, kan dah mendapat!” – Melawak Tak Kena Tempat, Lelaki Kacau Ular Sawa Kena Gigit Dekat Kepala!

Padan Muka Bodoh