in

“Sambil menebar sambil mengetum” – Tak Cukup Berniaga Roti Canai, Lelaki Buat Side Income Jual Air Ketum

Aa 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penjualan air ketum seakan sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Walaupun ianya salah di sisi undang-undang, namun ada segelintir pihak yang tegar dan masih mengambilnya atas alasan memberi tenaga dan mengurangkan keletihan.


Di Kulim, Kedah, aktiviti menjual air ketum secara sembunyi akhirnya terbongkar apabila pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 45 tahun di kediamannya kerana disyaki menjual air ketum.

Lelaki yang merupakan seorang peniaga roti canai dipercayai menjual air ketum di belakang rumahnya di Jalan Perak 6, Jalan Perak menerusi Ops Tapis yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Kulim Hi-Tech.

A 4 5

 

Jumpa tong ais berisi 120 bungkus air ketum

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, anggotanya yang melakukan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui wang tunai RM50 yang digenggam lelaki itu.

Hasil pemeriksaan dalam rumah itu pula menemui tong ais bewarna oren yang mengandungi bungkusan air ketum di ruang dapur rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui 120 bungkus plastik lut sinar mengandungi cecair disyaki air ketum yang dianggarkan 34 liter.”

A1 5 1

Soal siasat dijalankan dan mendapati lelaki itu mengaku menjalankan aktiviti menjual air ketum di sekitar kawasan tempat tinggalnya itu sejak enam bulan lalu.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki terbabit mendapati dia negatif daripada dadah. Selain itu, dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, lapor Sinar Harian.

 

Baca: “Mengikut arus pemodenan” – ‘Ketum Float’ Kini Dijual di Kelantan, RM3 Secawan

A2 4 2

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.