in

Saman Tetap Saman! Suharnizan Nekad Saman Eira Aziera

Ft Eira 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah terhantuk baru terngadah


Begitulah insiden mengenai ‘personaliti’ media sosial, Eira Azira, atau Noorazira Pissal, 37 yang tular baru-baru ini kerana video didakwa menghina fizikal seorang individu.

Mangsa Suharnizan Md Sidek yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah dilaporkan nekad dengan tindakannya untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap Eira.

Su

Sungguhpun permohonan maaf telah dibuat oleh Eira, keputusan Suharnizan adalah tetap bagi membela dirinya.

Keputusan ini diambil dengan tujuan untuk memberi pengajaran kepada Eira serta orang ramai bahawa kecam badan (body shaming) boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, isu ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bebas memberi pendapat dalam media sosial masing-masing.

“Perkara ini memberi kesan kepada mangsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit.

 

Z9

Harap-harap lepas ni semua fikir  dulu sebelum memberi pendapat. Tak susah pun kan cakap yang baik-baik je…

Menurut Mohd Rasheed lagi, pihaknya akan menyediakan skrip sekiranya Eira ingin memohon maaf.

Pihaknya juga akan sertakan pengakuan seperti, tidak akan mengatakan perkara negatif lagi terhadap Suharnizan, selain tuntutan ganti rugi dan sebagainya, lapor Sinar Harian

 

Semoga insiden ni dijadikan pengajaran supaya janganlah kita terlalu mendongak langit, takut nanti tersungkur menyembah bumi…

 

Baca : Jangan selamba cakap, biar jadi pengajaran Kini Viral di Media Sosial, Suharnizan Didakwa Bakal Saman Eira Azira RM 2 Juta?

Capture 67

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.