Kalau korang ingat, beberapa tahun lepas viral mengenai isu pengguna jalan raya enggan bagi ruang laluan kepada ambulans di lorong kecemasan. Pihak berkuasa pun sudah mengambil tindakan tegas kepada pemilik kenderaan tersebut.
Tapi nampaknya masih ada lagi yang tak serik, biarpun siren telah dibunyikan dan hon berkali-kali, 2 kenderaan ini ‘besar kepala’ membairkan sahaja tanpa beralih. Kereta besar tapi otak kecil, tapi kalau dah kereta pun kecil otak kecil macam mana?
Enggan tukar lorong
And in this video, we can see another punde who refuses to give way to the ambulance although it got honked at multiple times
Just move aside man, just gtfo pic.twitter.com/eKuk8TPPc9
— Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi) March 17, 2019
Menerusi perkongsian daripada Hilmi Adi Ruzaini, kejadian ini berlaku di lebuhraya Pasir Gudang, kereta model SUV dan Viva enggan beralih ke lane kiri walaupun sudah di hon beberapa kali.
Dua video berdurasi 23 dan 48 saat ini merah hampir 2,000 retweets sejak dimuat naik 18 jam lalu dan membangkitkan kemarahan netizen.
Ramai netizen gesa untuk buat aduan agar dapat ‘mengajar’ pemandu-pemandu yang besar kepala ini. Malah ada yang mencadangkan agar lesen pemandu ini digantung.
Saman tak best. Gantung lesen je – Netizen
Ada sebab kenapa ambulans bawa laju, bukannya saja suka-suka. Aduhai, orang tengah dalam kecemasan sepatutnya bertoleransi lah, cuba kalau kena kat diri sendiri, baru tahu.