in

Sama Tapi Tak Serupa, Ini Cara Sambutan Ramadan Dan Syawal Di Indonesia

Feature 3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai juga yang tertanya-tanya macam mana lah agaknya umat Islam negara jiran kita, Indonesia berpuasa dan sambut hari raya. Walaupun serumpun, mesti ada jugak perbezaan sambutan kan.


Menurut Free Malaysia Today, ada beberapa perkara yang berbeza ketika sambutan ramadan dan lebaran di negara itu. Jadi, kali ini kami akan senaraikan cara orang Indonesia meraikan ramadan dan syawal.

#1 Takde bazar Ramadan di Indonesia

Berbeza dengan Malaysia, rupanya di negara jiran, tiada bazar ramadan khas. Sebaliknya, peniaga makanan akan menjual di kaki-kaki lima dan ada yang menjual sambil berjalan kaki. Difahamkan, penjual akan menjual snek dan minuman seperti ubi goreng, tempe, air bandung dan cendol.

Indo 2

Di Indonesia juga, hidangan ringan untuk berbuka puasa ini dipanggil takjil. Mungkin dorang takde jual makanan berbuka yang berat macam nasi ayam dekat Malaysia ni.

#2 Wanita Islam Indonesia yang tak boleh puasa boleh makan di kedai

Kalau dekat Malaysia, wanita yang uzur dan tak boleh puasa tidak digalakkan untuk makan di tempat terbuka sebagai tanda menghormati orang lain yang berpuasa dan bulan Ramadan itu sendiri.

Namun lain pula di sana sebab wanita Islam yang uzur boleh makan ketika bulan puasa seperti biasa.

#3 Penduduk Indonesia akan takbir keliling pada malam raya

Ramai warga mereka akan menaiki bas atau berjalan kaki mengelilingi bandar untuk bertakbir menggunakan microphone. Fuh, mesti meriah habis ni.

Indo 3

Bukan itu je, ada juga yang akan memukul bedug (gendang) sambil bertakbir.

#4 Orang Indonesia gemar pakai baju raya warna putih

Sambutan 1 Syawal di sana dipanggil idul fitri. Kalau di Malaysia, orang kita akan pakai baju tradisional seperti baju Melayu, baju kurung dan kebaya yang berwarna-warni. Manakala kat Indonesia pula, mereka takde pakaian yang tertentu.

Indo 4

Selalunya, mereka akan pakai baju raya berwarna putih yang melambangkan kesucian. Tapi, tak bermakna takde yang pakai baju warna lain cuma mungkin ramai yang prefer baju putih. Jangan tak tau, dorang pun ada pemberian duit raya macam kita juga.

#5 Open house hanya untuk kawan rapat dan keluarga saja

Penganjuran rumah terbuka di sana juga dikhaskan untuk sanak saudara dan sahabat terdekat sahaja, berbeza dengan kita yang akan buat open house secara besar-besaran sepanjang bulan Syawal.

Indo 5

So, korang ada pengalaman beraya di Indonesia? Kalau ada, share lah. Bagi admin, tak kira lah kat mana pun kita sambut raya, yang penting kita enjoy!

Baca: 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Raya 2 1

Sumber: Youtube
Sumber: Tribunnews
Sumber: IDN Times
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.