in

“Sama-sama berdoa Covid-19 dihapuskan” – YDP Agong Bertitah Untuk Semua Masjid Tunaikan Solat Hajat Dan Doa Selamat

Bb 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran gelombang kedua wabak Covid-19 yang menyerang negara kita, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini menitahkan agar semua masjid menunaikan solat hajat dan doa selamat.


Titah baginda ini telah disampaikan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan di Instagram rasmi Istana Negara.

 

Menyeru rakyat untuk terus berdoa

Dalam kenyataan media tersebut memaklumkan, titah baginda ini susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) kembali dikuatkuasankan di beberapa negeri seperti, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tuanku juga menzahirkan kebimbangan kepada beberapa kluster baharu yang wujud di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan.

Oleh itu, sempena dengan keberkatan hari Jumaat, baginda bertitah agar semua masjid menunaikan solat hajat dan doa selamat, serta menyeru rakyat jelata untuk terus berdoa semoga negara kita bebas dari wabak Covid-19.

B1 10

 

“Ahli politik perlu muhasabah diri” – YDP Agong

Pada masa yang sama, Tuanku juga ada menyentuh isu politik negara dan menyifatkan ahli-ahli politik perlu muhasabah diri agar negara kita tidak diheret ke kancah politik yang tidak menentu.

Bahkan, apa yang perlu diutamakan adalah memerangi penularan virus ini. Sejajar dengan titah yang pernah disampaikan oleh baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang menggesa agar ahli politik menunjukkan kematangan dalam berpolitik dan mengutamakan keluh kesah rakyat.

B 2 8

 

Baca: PKPB: Masjid di KL, Putrajaya Dibenarkan Solat Jumaat & Fardu Dengan Jemaah Terhad

Solat

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.