in

“Salah satu cara grounding..” – [VIDEO] Public Health Malaysia Puji Cara Maya Karin Tangani ‘Panic Attack’

Maya Karin Serangan Panik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang menonton Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM) Jumaat lalu, mesti ada di antara korang yang perasan gerak geri pelakon Maya Karin yang dilihat kurang selesa sehingga membuat keputusan untuk membuka kasut tumit tingginya.


Menjelaskan tindakannya itu, Maya mendedahkan pengalaman dilanda panic attack ketika menyampaikan trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama rakan pelakon, Faizal Hussein.

Baru-baru ini, melalui akaun rasmi Facebook Public Health Malaysia, memuat naik sebuah posting susulan tindakan yang dilakukan oleh Maya ketika berdepan detik cemas ketika diserang panic attack.

Screenshot 2022 12 05 170825

Laman tersebut telah memuji tindakan Maya yang dilihat berjaya tangani masalah tersebut dengan baik.

Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik tersebut dapat di lihat mengalami serangan panik apabila berada di atas pentas.

Mujur, Maya ditemani oleh Faizal Hussein yang juga menjadi penyelamat keadaan yang membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

Menggunakan teknik grounding

318211197 3358861504403698 1374524992045745205 N 1

Menurut Public Health Malaysia, kasut yang dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing) kerana ini adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

Penjelasan di sebalik ini adalah, proses ini membolehkan anda mengenal pasti objek di sekeliling anda serta membantu otak anda mengenal pasti di mana anda berada.

Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana keberadaan diri anda dan berasa lebih dalam kawalan keadaan.

Hanya mereka yang mengalami masalah ini sahaja yang benar-benar memahami situasi yang dialami kelmarin kerana, jika tidak ditangan dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan kemungkinan boleh menyebabkan pesakit pitam.

“You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.”

Syabas! Bukan senang untuk dia handle situasi macam ni tau! Respek!

Baca : Netizen ‘Impressed’ Bila Maya Karin Mengaku Dirinya Pernah Jadi Extra Movie Hollywood Masa Umur 17 Tahun

Ft Maya Karin Pernah Berlakon Filem Hollywood 758X399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.