in

Salah Laku Projek DBKL Afdlin Shauki: Laporan Siasatan Dalam Bakal Siap Minggu Depan – Menteri Wilayah

4as

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan hari ini berkata Unit Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku perolehan projek berniali RM4 juta.

Screenshot 2025 02 01 at 2.48.42 PM

Memetik laporan Astro Awani, semua pihak yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan. Laporan penuh siasatan dalaman itu dijangka akan disiapkan minggu depan.


Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menafikan tuduhan, itu hak beliau. Tetapi siasatan akan dijalankan. Kalau Afdlin tidak bersalah, tiada masalah”

Dr. Zaliha turut menambah pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana isu salah laku dan tata kelola di dalam agensi di bawah naungannya.

Screenshot 2025 02 01 at 2.48.07 PM

Terdahulu, Afdlin Shauki menafikan pengelibatan beliau dalam perolehan projek dibawah DBKL dan menyifatkan tuduhan itu adalah satu usaha untuk memburukan nama beliau.

 

Baca: Afdlin Shauki Nafi Seleweng Duit Projek DBKL Bernilai RM10 Juta

Screenshot 2025 02 01 at 2.46.59 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.