in

“Sakit otak” – Lelaki Sanggup Beli Berpuluh-puluh Kucing Online Untuk Dia Dera & Sembelih

H 3

Seorang lelaki tergamak bunuh lebih sedozen kucing yang dia beli online dengan mengerat kepala mereka. Whyyyy

Menurut Mirror, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat, Kaine Louzader telah didakwa dengan dua kesalahan jenayah keganasan haiwan; menyeksa dan mencacatkan kucing.

Kaine telah ditangkap selepas kucing dan anak-anak kucing ditemui dibuang berhampiran dengan kawasan rumahnya. Lelaki ini tinggal dengan atuk dan neneknya di Missouri.

Kalau korang nak tahu, empat hari sebelum Kaine ditahan, jiran Kaine lihat melihat seorang lelaki membuang kucing mati di dalam beg plastik penuh berisi air.

Menurut saksi tersebut, lelaki itu memandu sebuah kereta dan deskripsi kereta itu sama dengan kenderaan milik Kaine.

Apabila pegawai polis menahan Kaine, mereka menemui kesan cakaran pada lengannya. Tapi Kaine mengatakan cakaran itu dia dapat dari wanita tua di hospital tempat dia bekerja.

0 Kaine Louzader

Selepas pegawai polis mengatakan kesan itu tak sama dengan cakaran manusia, barulah Kaine nak mengaku.

Menurut pihak polis, Kaine berkata dia telah membeli berpuluh-puluh kucing online sebelum mencekik kucing tersebut dan memenggal leher mereka.

Lelaki tak berhati perut ini memilih untuk melakukan perbuatan kejinya di dalam bathtub milik atuk dan neneknya atau di patio belakang rumah.

Setakat ini, hanya badan satu kucing dan tiga anak kucing saja ditemui.

Salah seorang jirannya, Doug Custer terkejut bila mendengar berita mengenai Kaine.

“Kalau seseorang boleh buat macam ni dekat haiwan, siapa tahu apa lagi yang dia boleh buat?

“Saya tak dapat bayangkan orang sakit jiwa mana yang boleh buat macam ni.”

Kaine kini ditahan di penjara di daerah Missouri dengan jaminan sebanyak 50,000 USD (RM 210,000).

Memang sakit jiwa kot. Orang yang tak berfikiran waras je yang tergamak buat macam ni.

 

Baca: [Video] Kejam! Individu Ikat Kucing Dalam Beg Plastik Sebelum Buang Tepi Jalan

Screenshot 2019 05 17 At 8.16.44 Pm