in

“Sakit kepala, sengal badan” -Kevin Zahri Kongsi Tanda-Tanda Caffein Withdrawal

Kevin Zahri Jelaskan Konsidi Caffein Withdrawal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sindrom penarikan kafein atau caffein withdrawal merupakan keadaan yang berlaku kepada seseorang selepas berhenti daripada mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh.


Memasuki ke bulan Ramadan, pastinya ramai yang akan berasa letih, lesu, mengantuk dan macam-macam lagi.

Rupa-rupanya, menurut perkongsian daripada Kevin Zahri, seorang yang tidak asing lagi bila bercakap tentang pemakanan, nutrisi dan penjagaan badan, perkara-perkara yang berlaku ini merupakan tanda-tanda penarikan kafein.

Kevin Zahri Tiktok

Menerusi video yang bertajuk “8 tanda Caffein Withdrawal” di Tiktok tersebut,  Kevin telah kongsikan tanda-tanda yang biasanya berlaku kepada mereka yang mengalami sindrom yang biasa terjadi kepada mereka yang menggemari teh, kopi ataupun koko lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

@kevinzahri Any coffee lovers di sini? ☕️❤️?? #ramadhan #ramadan #ramadhan2023 #caffeineaddict #coffeelover #puasa ♬ Believer – Imagine Dragons

Antara tanda-tanda tersebut termasuklah :

  • Sakit kepala
  • Drakula Effect (Tak tahan cahaya terang)
  • Sukar bercakap
  • Sakit badan dan sendi
  • Penat dan tidak bermaya
  • Depresi dan tiada mood
  • Cepat marah
  • Tak boleh fokus

Selain itu, kajian pada tahun 2019 melaporkan bahawa mengurangkan penggunaan kafein secara beransur-ansur dalam tempoh 6 minggu membawa kepada pemberhentian kafein jangka panjang selain berjaya dengan kesan sampingan yang minimum.

Pun begitu, menurut Kevin lagi, sindrom tersebut hanya akan berlaku selama dua ke tiga hari dan ianya akan menjadi seperti biasa selepas tempoh tersebut.

Baca : 6 Resipi Sahur Simple Tapi Confirm Buka Selera!

Collage 49

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.