Seorang ibu muda telah mengaku bersalah selepas dia meninggalkan bayinya seorang diri di rumah selama enam hari untuk berparti bagi menyambut hari lahirnya yang ke-18 pada tahun 2019.
Suspek, Verphy Kudi melakukan kesalahan terbabit pada tahun lalu. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tertuduh dilaporkan meninggalkan pangsapurinya di Brighton, Sussex pada 5 Disember iaitu pada hari jadinya yang ke-18 dan hanya pulang semula ke kediaman itu pada 11 Disember.
Lapor Mirror, Verphy telah melefon talian kecemasan 999 pada jam 6.06 petang (11 Disember) untuk memaklumkan yang anaknya tidak mahu bangun.
Pun begitu, setibanya di Royal Alexandra Children’s Hospital, bayi Verphy yang dikenali sebagai Asiah, 20 bulan, telah disahkan meninggal dunia.
Laporan post-mortem dan ujian forensik yang dibacakan di mahkamah mendedahkan yang kematian Asiah adalah disebabkan dia diabaikan.
“Dia (Asiah) kebuluran, ‘dehydrated’ dan dijangkiti selsema.”
Untuk pengetahuan, Verphy dan anaknya, Asiah tinggal di pangsapuri yang ditetapkan social service semenjak 30 September 2019.
Berdasarkan data yang diperoleh Polis Sussex, Verphy dikatakan telah berparti di London, Coventry dan Solihull untuk meraikan hari jadinya yang ke-18 pada 5 Disember 2019 sebelum pulang semula ke pangsapurinya di Brighton pada 11 Disember 2019.
Semenjak Oktober tahun lalu, Verphy sudah ditahan oleh pihak berkuasa. Kes ini akan dibicarakan semula pada bulan Mei.
Sumber: Mirror