in

Saintis Di Itali Beri Amaran Vaksin Pfizer Mungkin Tak Berkesan Pada Orang Gemuk?

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saintis di Itali telah memberikan amaran yang vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh Pfizer mungkin kurang efektif jika diberikan kepada orang gemuk (obese).


Memetik laporan dari Mirror, pengkaji di sana mengatakan yang orang gemuk mungkin perlukan dos yang lebih tinggi bagi melindungi mereka dari virus.

Dakwaan ini dibuat kerena kalau nak dibandingkan dengan orang sihat, pekerja kesihatan yang mempunyai berat badan berlebihan hanya menghasilkan separuh antibodi mereka untuk melawan Covid-19 selepas menerima dua suntikan vaksin Pfizer.

0 Nhs England Starts Covid 19 Vaccination Campaign

Untuk pengetahun korang, antibodi merupakan protein di dalam badan yang akan melawan virus dan seterusnya menghalang dari dijangkiti Covid-19.

Ini merupakan berita tak baik untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan kerana mereka juga tergolong dalam individu yang lebih berisiko untuk mendapat sakit kritikal atau mati jika dijangkiti virus ini.

Ini kerana, orang berbadan besar mempunyai lebih banyak masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimanapun, kajian oleh saintis Itali ini dipercayai merupakan kajian pertama dan ia masih lagi belum dikaji oleh saintis-saintis lain. Malah kajian ini hanya dibuat pada 26 orang obesiti, jumlah yang sangat sikit untuk buat kesimpulan yang kukuh.

Lebih banyak kajian perlu dibuat kerana tak ada perbezaan yang ketara ditemui dalam hasil kajian antara orang yang gemuk dengan orang yang mempunyai berat badan normal ini.

 

Baca: Wanita Mengandung & Ibu Menyusu Boleh Ambil Vaksin – Menteri Kesihatan

Collage 2

Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.