Seorang peminat tegar bola sepak dari Iran dilaporkan meninggal dunia akibat melecur selepas dia membakar diri sendiri tanda protes. Sahar Khodayari, 29, bertindak sedemikian selepas mendapat tahu dia berdepan hukuman penjara 6 bulan, lapor The Guardian.
Ikuti kisah selanjutnya:
Digelar ‘Blue Girl’ sebab warna baju pasukan kegemaran
Sahar merupakan peminat tegar kelab Tehgeran Esteghlal FC dan pada Mac lepas pasukan ini telah menentang Al-Ain FC dalam satu perlawanan di Stadium Alzadi.
Menyamar jadi lelaki, dijel 3 hari
Disebabkan peraturan di Iran yang tak membenarkan kaum wanita masuk ke dalam stadium bola, Sahar telah berpakaian seperti lelaki sebagai penyamaran.
Menurut Jerusalem Post, Sahar telah memakai rambut palsu berwarna biru dan kot panjang namun dia ketika cuba memasuki stadium, dia telah ditahan pihak polis. Disebabkan penyamaran dia terbongkar, Sahar telah dijel selama 3 hari sebelum dibebaskan dan kes itu dibawa ke mahkamah.
Dapat tahu dia mungkin dipenjarakan
Pada 1 September baru-baru ni, Sahar mendapat tahu dia mungkin berdepan hukuman penjara 6 bulan hingga 2 tahun disebabkan kesalahan itu.
Sahar difahamkan telah pergi ke pejabat pendakwa raya untuk mengambil telefon bimbit dia yang telah dirampas pihak polis. Ketika di sana, Sahra mendapat tahu dia mungkin berdepan hukuman penjara kerana melanggar undang-undang.
Bakar diri, melecur 90%
Menurut Al Jazeera, Sahar tidak dapat menerima hukuman tersebut terus tuang minyak petrol ke seluruh badan sebelum membakar dirinya di luar mahkamah.
Akibat kecederaan parah (melecur 90%), Sahar disahkan meninggal dunia 9 hari kemudian pada hari Isnin, 9 September. Malah, menurut pihak hospital Sahar terpaksa menggunakan mesin bantuan hayat sepanjang menerima rawatan sebelum meninggal dunia.
Pasukan bola beri penghormatan
Kes ‘Blue Girl’ ini memang dapat perhatian dan liputan media yang meluas di Iran terutamanya dalam kalangan peminat bola sepak.
Sebaik mendapat tahu Sahar meninggal dunia, pasukan Tehgeran Esteghlal FC memberi penghormatan dengan melakukan ‘a minute of silence’ sebelum memulakan latihan. Kelab bola sepak itu juga dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan dan menyampaikan salam takziah kepada keluarga Sahar.
Iran’s top football team holds a minute of silence before training, in honor of their fan #BlueGirl who set herself on fire and died, after she was arrested for trying to enter the stadium dressed as a boy.pic.twitter.com/GROlKfcQRx
— Negar Mortazavi نگار مرتضوی (@NegarMortazavi) September 12, 2019
Ada masalah mental
Kakak Sahar memaklumkan bahawa adiknya mempunyai masalah mental atau lebih tepat, bipolar disoder dan sedang dalam rawatan. Malah, dia dikatakan pernah cuba membunuh diri sebelum ini.
Wanita Iran tak boleh masuk stadium?
Menurut BBC, wanita di Iran tidak dibenarkan masuk ke stadium untuk menonton perlawanan sukan yang membabitkan kaum lelaki sejak tahun 1981 lagi. Namun, pada tahun lepas undang-undang itu dibubarkan sementara untuk membenarkan kaum wanita menonton World Cup yang ditayangkan melalui siaran TV di sebuah stadium dekat Tehran.
Rakyat protes, mahu wanita dibenarkan masuk stadium
Sejak dulu lagi, para peminat bola sepak di Iran mengadakan protes untuk menghentikan larangan kaum wanita masuk ke dalam stadium.
Seorang pengguna Twitter dari Iran pernah post,
Kenapa gadis 9 tahun boleh berkahwin tetapi gadis berusia 20an tidak boleh masuk stadium?”
Badan pentadbiran bola sepak, Fifa telah menetapkan 31 Ogos sebagai tarikh akhir untuk Iran supaya benarkan wanita memasuki stadium. Bagaimanapun, menurut BBC, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Iran berhubung isu ini.