in

SAH! Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM ke-10 Malaysia

Anwar Ibrahim Pm 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah penantian selama 5 hari, teka-teki siapakah yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 akhirnya terjawab.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


Dalam sebuah kenyataan, Istana Negara berkata keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/pfbid021cz1rH27o5eV46wm9eEZcHjA54XgcTiUMBc9mZUCoqERuNSZfuhqVmPf2ru7c2a9l

Menerusi kenyataan tersebut, Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Semoga berkhidmat dengan jayanya DSAI! 

Baca: PRU15 : Agong Anjur Perbincangan Khas Raja-raja Melayu Esok

Ft Agong Adakan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.