Bagi yang pernah melalui istiadat konvokesyen pastinya merindui saat-saat nama diumumkan sehingga gegar gempita satu dewan sebelum skrol diserahkan kepada graduan yang dirai.
Momen itu pastinya pengalaman paling berharga kepada setiap graduan, mana tidaknya penat lelah belajar dan melakukan ‘assignment’ pensyarah akhirnya ‘dibayar’ dengan segulung ijazah atau diploma.
Namun dalam banyak-banyak gambar admin tengok dalam media sosial, ada satu gambar yang terkesan dihati iaitu…
Majlis Konvokesyen UKM ke-47
Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru,semua graduan diminta berdiri.”
“Hormat kepada ibu bapa,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,dan
hormat kepada para guru
ke kanan, TUNDUK.”“Para graduan dipersilakan duduk.”
https://www.facebook.com/UKMOfficial/photos/a.470418806348215/2594660867257321/?type=3&theater
Siapa tak tersentuh bila melihat graduan dengan bangun dan memberikan tunduk hormat kepada ibu bapa dan pensyarah masing-masing sebagai tanda terima kasih mereka kepada insan-insan yang telah banyak berjasa itu.
Rata-rata netizen juga sebak tatkala melihat ‘momen’ tersebut yang dianggap sebagai ‘touching and meaningful’.
“Time tunduk hormat ni rasa sebak sangat-sangat…”

“Such a meaningful and awesome tradition, keep it up UKM”

“Masa ni moment yang paling diingati dan touching betul”

*lap air mata