in

Rupanya Bukan Daging Sebenar, KKM Minta Ibu bapa Elak Beri Anak Kecil Makan Sosej

Untitled Design 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, kanak-kanak memang gemar menikmati sosej daging ataupun ayam sebagai hidangan mereka. Selain dijual murah, sosej juga mudah didapati di kedai-kedai runcit mahu pun pasar raya besar,. Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja, pasti hidangan yang simple dan senang dimasak ini pilihan utama mereka.

Namun hakikatnya, ramai ibu bapa tidak tahu akan kesan yang bakal berlaku terhadap anak-anak yang kerap makan sosej. Rasa sosej ini memang sedap tapi untuk jangka panjang, ia boleh mengundang kanser tanpa kita sedari!


https://www.facebook.com/nutritionistkkm/posts/3865633630129914

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengurangkan pengambilan sosej khususnya buat hidangan makanan untuk anak-anak. Tahukah anda pengambilan sosej dapat meningkat risiko obesiti dan kanser usus?

Ramai antara kita menganggap sosej mengandungi daging atau ayam segar. Tapi sebenarnya, sosej merupakan makanan diproses yang mempunyai kandungan lemak tepu, di mana lemak ini dapat meningkatkan risiko kanser.

Sosej 4

Menurut sumber lain, Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis bahawa kanak-kanak yang gemar makan sosej berpotensi mendapat kanser serta sakit jantung terutamanya kanak-kanak yang menghidap penyakit leukaemia.

Selain itu, sosej juga memberi kesan kepada ibu hamil dan bayi. Jika ibu mengandung makan secara berlebihan, ianya dapat memberi kesan kepada kandungannya. Makanan ini mengandungan asid lemak yang tidak baik dan menghasilkan kolestrol dalam darah.

Baca: Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi

Capture 1 5

Sumber: Goggle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.