in

Rupanya 5 Anak Patung Ni Lagi Seram Dari Chucky & Annabelle!

Collage 21

Sebelum filem Chucky dan Annabelle ditayangkan lagi, ramai antara kita yang rasa semacam dengan permainan kanak-kanak yang satu ni. Entah kenapa, bila ada anak patung dekat dalam rumah, akan terasa seramnya macam dia tengah perhati je gerak geri kita.

Pada kurun ke-19, anak patung mula dibuat menyerupai manusia. Dengan renungan kosong dan fizikal seperti manusia, pembikinan anak patung seperti ini mula mendapat respon yang negatif. Tak cukup dengan itu, manusia juga berjaya menggunakan anak patung sebagai alat ritual dan pemujaan.

Jadi, pada artikel kali ini kita akan tengok beberapa anak patung yang sangat menyeramkan sehingga ia menjadi sangat popular di serata dunia.

1. Joliet

Jolie

Anak patung bernama Joliet ini dikenali sebagai sumpahan kepada mana-mana keluarga yang memilikinya.

Seorang wanita bernama Anna mengatakan, anak patung ini telah diwarisi dari ibu ke anak perempuan di dalam keluarganya. Setiap anak perempuan akan disumpah untuk memiliki dua orang anak, lelaki dan perempuan. Namun begitu, anak lelaki ini akan mati selepas berusia tiga hari.

Keluarga ini percaya, roh anak-anak lelaki yang mati ini akan terperangkap di dalam Joliet sehingga hari kiamat.

Ibu saya kehilangan anak lelakinya juga, sama seperti nenek dan moyang saya. Saya diberitahu, patung sumpahan ini telah diberikan kepada moyang saya oleh kawannya yang cemburu apabila moyang saya mengandungnya anak keduanya yang turut meninggal selepas berusia tiga hari.

Setiap seorang dari keluarga kami sayangkan patung tersebut yang telah menjaga anak-anak kami yang telah mati sehingga ke hari ini. Satu-satunya anak perempuan saya juga akan buat perkara yang sama bila dia besar.” – Anna.

Pada Ogos 1945, anak patung ini telah membuat perkara paranormal pertamanya, Joliet ketawa apabila seseorang lalu di kakinya. Apabila seseorang melakukan kesalahan, anak patung ini akan ubah ekspresi mukanya dan ketawa.

Selain itu, kedengaran juga suara Joliet menangis pada waktu malam dan suara bayi menangis dan menjerit datang dari anak patung tersebut.

2. Mandy

18942623 Web1 191016 Qco Paranormal Podcast 1

Mandy merupakan anak patung antik yang dibuat di Jerman di antara tahun 1910 sehingga 1920. Dia telah diberikan kepada Muzium Quesnel pada tahun 1991.

Dikatakan, pemilik Mandy telah memberikan anak patung ini ke muzium selepas berlakunya beberapa insiden pelik seperti mendengar tangisan bayi di bilik bawah tanah. Bila dia cuba untuk melihat, dia tak jumpa apa-apa bayi, hanya tingkap yang terbuka.

Selepas Mandy diberikan kepada muzium, suara tangisan tersebut berhenti tapi beberapa perkara mula berlaku ke atas pekerja-pekerja di sana.

Makanan-makanan di dalam peti sejuk akan tiba-tiba hilang dan ditemui di dalam laci. Beberapa objek juga akan hilang, ada yang ditemui semula ada yang hilang selama-lamanya. Bunyi tapak kaki juga sering kedengaran di tempat-tempat yang tiada orang.

Mandy dikatakan tak pernah bertindak jahat tapi sering berkelakuan seperti budak kecil yang mahukan perhatian. Jika anak patung ini mula mengetuk cermin tempat dia diletakkan, pekerja di sana akan keluarkan dia, dukungnya dan bawa jalan-jalan di dalam bangunan untuk menenangkannya.

3. Harold

Images

Harold merupakan anak patung pertama yang terjual di Ebay. Anak patung ini diberikan nama ‘Haunted Harold‘. Ramai orang yang melihat anak patung ini telah meletakkan bidaan untuk memilikinya.

Menurut orang yang menjualnya di Ebay, dia telah membeli anak patung ini di sebuah pasar lambak. Orang yang menjual patung ini mengatakan ia kepunyaan anaknya yang meninggal dunia kerana sakit. Penjual di pasar lambak tersebut turut memberi amaran bahawa patung tersebut berhantu.

Penjual Ebay kemudiannya mengatakan, dua hari selepas dia membeli Harold, kucingnya mula mati dan teman wanitanya tinggalkan dia. Tak cukup dengan itu, dia turut mengalami sakit kepala yang sangat teruk.

Harold telah mendapat sebanyak 100,000 viewing di Ebay, seorang wanita telah memenangi bidaan tersebut sebanyak US$700 namun gagal membayar.

Pemenang bidaan kedua mendapat patung tersebut pada harga US$300 namun menjualnya semula kepada keluarga lain kerana tak tahan.

Pemilik yang baru ini telah mengalami beberapa kejadian aneh selepas mengambil anak patung ini. Antaranya, kawannya yang datang untuk melihat Harold telah mendapat barah otak dan meninggal walaupun sebelum ni dia sihat.

Seminggu kemudian, kawan yang lain datang untuk melihat anak patung tersebut dan sebulan kemudian dia terjatuh tangga dan meninggal dunia.

Pemiliknya pula sering terdengar bunyi-bunyi pelik dan apabila dia turun, dia melihat hanya ada Harold yang duduk di atas kerusi dan kelihatan tersenyum ke arahnya.

Patung ini terus dijual kepada orang yang berlainan dan tak ada yang berani untuk menyimpannya sehingga sekarang.

4. Okiku

5816A007 B5A7 4E6E Acb5 63C3Cbe0C7E5

Anak patung yang dikatakan telah dirasuk oleh roh kanak-kanak ini telah mengundang rasa ingin tahu ramai orang di seluruh Jepun.

Okiku dinamakan sempena seorang kanak-kanak perempuan yang bermain dengannya, ia merupakan anak patung dengan mata hitam dan rambut yang hidup.

Anak patung ini telah dibeli oleh seorang lelaki berusia 17 tahun bernama Eikichi Suzuki pada 1918 untuk adiknya Okiku yang berusia 2 tahun.

Okiku sayangkan anak patung tersebut dan sering bermain dengannya setiap hari sehingga setahun kemudian kanak-kanak ini meninggal dunia kerana selesema.

Anak patung ini diletakkan di atas altar rumah mereka dan keluarga ini telah sembahyang kepada patung tersebut setiap hari sebagai memori kepada Okiku.

Tak lama kemudian, keluarga ini mula perasan yang rambut anak patung tersebut tumbuh semakin panjang. Ketika ini mereka mula percaya bahawa roh anaknya ada di dalam anak patung tersebut.

Pada 1938, keluarga Suzuki telah berpindah ke bandar lain dan letakkan anak patung tersebut di Kuil Mannenji, di mana anak patung tersebut kekal di sana sehingga sekarang.

Rambut Okiku berterusan tumbuh dan setiap tahun orang di Jepun akan membuat upacara di sana dan memotong rambut anak patung tersebut.

Tak ada orang yang dapat jelaskan bagaimana rambut tersebut boleh terus tumbuh, namun ujian di makmal menemui rambut tersebut merupakan milik kanak-kanak.

5. Elmo Knows Your Name

@shushyy_

Disturbing toys that got banned 😳 #toys #kidstoys #kids #creepy #scary #banned #wow #science #scarytiktoks #xyzbca #fy #fyp #foru #4u #elmo

♬ ЗВУК ДЛЯ РЕК – ❣️

Pada tahun 2005, syarikat Fisher-Price telah mengeluarkan anak patung dari salah satu karakter siri televisyen Sesame Street bernama Elmo Knows Your Name. Anak patung yang boleh bercakap ini boleh diprogram untuk menyebut nama anak dan perkara-perkara kesukaannya dan akan menyanyi serta bercerita dengan memasukkan nama anak yang telah diprogramkan melalui komputer.

Namun begitu, lain pula yang berlaku pada keluarga dari Florida ini. Pada tahun 2008, keluarga ini mendakwa bahawa anak patung yang dibelikan oleh anaknya itu mula memberikan ugutan bunuh ke atas anaknya.

Pada awalnya, Elmo yang dibeli itu telah bercakap sama seperti yang diiklankan dengan menyebut nama anak mereka, James bersama frasa-frasa yang telah diprogramkan. Namun begitu, selepas ibu bapa ini tukar bateri anak patung tersebut, ia mula bertukar seram. Patung tersebut mula nyanyi “Bunuh James” berulang-ulang kali.

Ok janji lepas ni dah tak beli anak patung dah!

 

Baca: Robert The Doll : Selain Anabelle, Tahukah Anda Patung Chucky Diadaptasi Dari Kisah Benar?

Screenshot 2023 07 17 At 3.22.53 Pm