Tular satu video di media sosial memperlihatkan dua individu yang dipercayai suami isteri bergelut di dalam sebuah pusat membeli belah tempatan.
Dalam video tersebut seorang lelaki dilihat sedang menyerang wanita tersebut yang berada dalam keadaan baring sambil menjerit meminta tolong. Menurut sumber video, wanita itu dicekik oleh lelaki berbaju hitam.
Artikel Berkaitan : “Aku isteri dari neraka” – Wanita Mengaku, Selalu Ajak Suami Bergaduh Walau Hubungan Baik
Artikel Berkaitan :”Saya sangat rindu nak bergaduh” – ” Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami ‘Sweet’, Suka Kemas Rumah Tanpa Disuruh
Dapat juga dilihat terdapat sebuah stroller berhampiran mereka. Setelah wanita itu diserang, dia juga dilihat telah melemparkan kasut kepada lelaki itu dan wanita tersebut beredar sambil memarahi lelaki terbabit dalam bahasa Mandarin.
Biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenal pasti, video ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
depan org ramai dia boleh cekik bini dia. Dalam rumah sendiri xtahu la mcmna pic.twitter.com/NJIA3jOsZQ
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 18, 2023
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang mengasari wanita bahkan ada juga yang mempertikaikan orang awam yang hanya melihat sahaja.
Di samping itu, ada juga yang beranggapan bahawa si wanita itu yang mungkin bermasalah menjadi penyebab lelaki tersebut bertindak agresif.
Aduihai haraplah semuanya baik-baik sahaja. Kalau jadi depan min, memang speecless.
Sumber : X