in

Rumah Kebajikan di Bukit Beruntung Perlu Bantuan, Tanggung Hutang Akibat Sokongan Kewangan Dipotong

Oku1 1
Sumber: The Malaysian Insight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kesibukan manusia berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia, masih ada lagi individu bersifat terpuji yang cuba sedaya upaya untuk membantu insan-insan lain yang kurang bernasib baik dengan menubuhkan rumah kebajikan di kawasan Lembah Klang.



Namun begitu, tiada siapa tahu bahawa rumah kebajikan seperti Rumah Kebajikan Kirtash di Bukit Beruntung ini terjerumus dalam hutang mencecah ribuan ringgit kerana sokongan kewangan dari tajaan peribadi dan korporat telah dipotong, lapor The Malaysian Insight.

Oku1
sumber: the malaysian insight

Walaupun sudah cuba merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan syarikat korporat, kos sara hidup yang makin tinggi menyebabkan sokongan kewangan kepada rumah kebajikan ini dipotong dan kini dibebani hutang ribuan ringgit. Kesiannya…

Menurut pemilik, Judith Pamela Muthiah, 45, Rumah Kirtash menempatkan 50 anak yatim, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) berusia antara 7 hingga 102 tahun dan memerlukan RM25,000 sebulan untuk perbelanjaan makanan, utiliti, dan gaji pekerja.

Kirtarsh 2
sumber: the malaysian insight

Dia juga memberitahu bahawa bekalan air dan eletrik yang sering dipotong sudah menjadi perkara biasa sejak akhir-akhir ni. Menurut Judith lagi, RM25,000 sebulan boleh dikira jumlah yang kecil untuk perbelanjaan rumah kebajikan sebegitu memandangkan sewa premis hanyalah RM1. Namun, dia akui bagi mendapatkan jumlah wang itu untuk menampung perbelanjaan bulanan agak susah.

Paling baik pun kami dapat ‘durian runtuh’ beberapa ribu ringgit, terutama pada musim perayaan, dan kami akan gunakan untuk bayar bil penting terlebih dahulu.”

Dek kerana dibebani hutang yang bertimbun, Rumah Kirtash tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan sepenuh masa. Oleh sebab itu, Judith terpaksa berhenti dari kerja sepenuh masa dan membantu suaminya, Mani @ Wannan Kanan, 49, menguruskan rumah kebajikan yang dibuka oleh mendiang abang Mani pada 1999 itu.

Kirtarsh 3
sumber: the malaysian insight
Oku2
sumber: the malaysian insight

Kami ada mengambil penjaga luar tetapi mendapati mereka mendera penghuni bila kami tiada, jadi kami tidak lagi ambil orang luar. Ini bukan kerja yang anda boleh buat jika mengharapkan gaji.”

Selain mereka suami isteri, ada empat orang lagi kakitangan bekas penghuni rumah kebajikan itu yang dilatih untuk menjadi penjaga dan pemandu. Judith bersyukur mereka faham jika dibayar gaji lewat oleh kerana keadaan rumah itu.

Meskipun dibelenggu hutang keliling pinggang, Judith dan warga Rumah Kirtash tetap tabah untuk meneruskan rumah kebajikan tersebut demi insan-insan yang tidak bernasib baik. Kami doakan yang terbaik dan semoga ada pihak yang sudi tampil membantu rumah kebajikan ini.

Baca: Warga Emas Bunuh Anak Kandung OKU, Namun Mahkamah Beri Ihsan Kurangkan Hukuman Kerana…

Ibu3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.